Sunday, March 21, 2010

BAB 23: LIHATLAH DENGAN PANDANGAN MATA HATI..



bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Salam muhibah bagi semua yang sudi menjenguk ke blog ini.semoga segalanya yang baik terus di berkati ALLAH..inshaALLAH..

Hari ini ana teringin bercerita sedikit pengalaman tentang perjalanan ana menjelajah sepanjang hari di Universiti Kebangsaan Malaysia.perjalanan yang tidak terlalu panjang.namun terselit terlalu banyak ilmu dan pengajaran bagi ana. Bagi sesiapa yang pernah ana ceritakan tentang pengalaman ini, maka layan je la…hehe.

Satu pagi yang indah dan permai..ana bangun dan bersyukur kerana masih lagi di beri nikmat dan bernyawa di bumi ALLAH ini untuk terus beribadah kepadaNYA..alhamdulillah..hari ini ana lalui seperti biasa.pukul7.30 pg ana telah siap dan bertolak ke fakulti,berjalan kaki.suasana pagi yang sejuk dan nyaman untuk dilalui. Dalam perjalanan, ana memerhati seorang pakcik pekerja yang sedang menolak daun-daun ditengah jalan menggunakan mesin.setiap kali kereta melalui jalan itu, maka daun-daun itu berselerak kembali di jalanan..namun pakcik itu tidak sedikitpun kelihatan berputus asa.dia masih terus menolak daun dan cuba mengumpulkannya di suatu tempat.dan beberapa kali juga kereta lalu sebelum pakcik itu Berjaya juga menolak daun ke tepi.ya ALLAH…betapa tabahnya pakcik itu.tak kelihatan muka merungut akibat kerja yang terpaksa diulang beberapa kali sebelum Berjaya.pakcik itu juga tidak menghiraukan akibat berada di tengah jalan. Dia hanya cuba menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. ana agak sebak juga saat itu.namun ana meneruskan lagi perjalanan yang terhenti sebentar tadi sehingga ana bertemu pula dengan seorang makcik yang sedang menyapu daun-daun yang berada di kawasann luas berbukit. Ana kagum, betapa tabahnya makcik itu cuba menyapu semua daun yang berada dikawasan itu yang sangat luas.ya ALLAH, jika tugas itu diberikan kepada ana,jujurnya ana pun tak mampu menyapu sejauh itu..perasaan sebak kembali menyelinap masuk ke hati ana. Sebelum ini ana pernah melihat seorang pekerja bertungkus lumus membersih lumut yang ana di satu kawasan di fakulti. Ana terkejut apabila dari pagi ana ke kelas sampailah pukul6 petang,pekerja itu masih disitu,cuba untuk menghilangkan lumut yang ada. Ya ALLAH…tabahnya hati itu..

Ana masih lagi meneruskan perjalanan ke fakulti. Sampai disana ana melihat pula pada wajah-wajah yang berpangkat di fakulti itu. Ada juga yang memandang rendah kepada orang yang berada bawah padanya.ya ALLAH berilah petunjuk padanya..namun, bukan semuanya yang berperangai sedemikian.ade juga yang semakin berpangkat,dan semakin merendah diri.

Konklusi yang dapat dibuat melalui perjalanan yang ana lalui hari ini, jika serendah mana pun kehidupan kita didunia,jika kita redha dengan apa yang telah ditentukan, maka walaupun bkerja hanya sebagai pencedok tahi sekalipun,kedudukan kita lebih tinggi dari orang yang berpangkat. Seperti kata seorang penceramah dalam video yang ana lihat dari pror tariq ramadhan, “I don’t luck what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today” .

So,seperti kata seorang pelakon dalam satu drama Indonesia, “ALLAH memberi kamu ujian supaya kamu cuba melihat sekeliling kamu dengan mata hati , bukannya hanya pandangan luaran”

Maka lihatlah sekeliling antum semua..semoga mendapat sesuatu yang berguna.inshaALLAH..

Wallahua’lam… :)

Thursday, March 4, 2010

BAB 22: KETENANGAN YANG TIADA BANDINGAN



assalamualaikum...
salam sejahtera...

bismillahirahmanirahim...

semoga ALLAH memberi keberkatan diatas penulisan ini..perkongsian tetap ana ingin teruskan.mungkin blog ini lambat sikit.sebab ana hanya menulis mengikut apa yang ana tahu.masih terlalu banyak untuk ana pelajari untuk terus bertinta dalam blog ini..

kali ini ana akan teruskan dengan perjalanan yang telah ana lalui minggu ini.bermula dengan apa yang terjadi hari jumaat lepas,ana makan bersama kak sakinah ,kak wan dan aishah di bakery.lepas tu kami kecuali aishah melawat ke acara anjuran FPI.disana ana dan kak sakinah bergabung untuk masuk pertadingan puzzle khat.wah...menarik sangat.bahagia dapat bersama memenagi hadiah dengan kak sakinah.hari sabtu ana dan kak sakinah ade midsem kimia.tak komen banyak sangat pasal midsem.sesungguhnya ALLAH memberi setakat kita usaha.yang pastinya ana kurang berusaha.hehe.hari ahad ana menghadiri satu majlis pelantikan exco baru. alhamdulillah ana telah dilantik.walaupun pada mulanya ana rasa tugas itu terlalu berat untuk dipikul,tapi ana terfikir bahawa ana perlu kuat. jika ana telah memilih untuk memegang jawatan itu, maka ana perlu bersungguh-sungguh dan memberi komitmen setakat yang termampu.inshaALLAH.balik dari majlis itu, ana cepat-cepat pergi untuk berjumpa sahabat yang telah lama ana tidak jumpai datang melawat ke UKM.namun, hati ana sedikit hampa kerana kami tidak sempat berjumpa. ana lewat sampai ke tempat ingin berjumpa,sahabat ana terpaksa pulang lebih awal. mungkin bukan rezeki untuk berjumpa hari itu.ana teruskan perjalanan untuk solat zohor dimasjid UKM sendirian dan diperhatikan olehNYA. selesai solat jemaah, ana berkenalan dengan seorang kakak yang singgah sembahyang di masjid UKM. kak ain namanya,orangnya lembut,berumur lingkungan 30 kut.sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.kak ain datang dari seremban untuk ke satu program di bangi. ana sempat berdialog dengan kak ain ,yang menarik bagi ana sebelum kami sama berpisah.

kak ain: nurul dah umur 21, boleh dah cari..hehe
ana: memang tengah cari ni pun kak.hehe
kak ain: kenapa?banyak dugaan ke?
ana: dugaan tu biasala..***********

ada lagi perbualan ,tapi ana tak nak tambah.hehe.ana cuma tak percaya ana boleh cakap "dugaan itu biasalah"...ana terfikir sesuatu.jika dekat dengan ALLAH masalah pun rasa bukan masalah,tetapi terasa nikmat yang di beri.tetapi kadang-kadang, bila masalah datang ana selalu juga mengadu dan menangis. terfikir juga, bilalah ana akan berhenti mengeluh apabila dugaan datang melanda.namun, apabila dugaan selalu datang melanda,seperti dugaan sakit dan difitnah,dugaan itu yang datang, kita akan rasa biasa.alhamdulillah...walaupun sedih dan menangis sekejap, namun, kita tahu pasti ada sesuatu yang ALLAH akan berikan sebagai ganti.dan memang ALLAH tidak mungkin lupa dengan janjiNYA, DIA sentiasa memberi lebih banyak nikmat daripada dugaan kecil yang diberikan.bila dapat merasai bahawa DIA ada, hati akan rasa tenang yang tiada tandingannya,sehingga dugaan itu dilalui hanya dengan senyuman.

hari isnin ana masuk perbarisan maulidur rasul. sebelum memulakan perjalanan perbarisan, kami diminta untuk mengikhlaskan hati kerana ALLAH.bukan kerana hadiah yang di tawarkan.wah...rasa bersemangat sangat berarak sambil berselawat.bila berselawat sambil menghayati maksud selawat yang dibaca, terasa sebak kerana rindu mendalam kepada rasulullah s.a.w.terlalu jarang mulut ini berselawat sebelum ini.ya ALLAH...lemahnya diri ni.setelah habis berarak sambil berselawat,kami tak sedikitpun rasa letih,mungkin dah terbiasa berjalan dari kolej ke fakulti hari-hari.atau mungkin kerana semangat yang berkobar berselawat ke atas nabi, jadi tak rasa letih langsung.semoga ALLAH memberi keberkatan kepada semua.bahagianya ,walaupun kami tak menang,tapi alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.hadiah di dunia tak akan habis juga nanti.tetapi hadiah di akhiratlah yang sentiasa setiap manusia dambakan.inshaALLAH..

hari selasa ade ummah talk kat fssk.wah..best sangat penyampaian ustaz kz.namun konklusi yang dapat diambil,banyakkanlah berselawat kepada nabi s.a.w. tingkatkan sehari demi sehari.semoga sahabat-sahabat dan ana dapat istiqamah.inshaALLAH. hari rabu seperti biasa ana "dating" dengan erni dan makan di bakery seperti yang dijanjikan setiap minggu.hehe.bahagia dapat sahabat macam erni.caring dan comel!!hehe. khamis ana hadapi seperti biasa,setiap hari pun penuh dengan kelas.tapi alhamdulillah ALLAH memberi kemudahan dalam melakukan ibadat sunat.dengan pengisisan minggu ini, ana rasa sangat tenang dan happy.


alhamdulillah...ada juga dugaan yang datang melanda,namun dengan lafaz bismillahirahmanirahim,ana lalui dan tempoh segalanya dengan senyuman.cinta sejati kepadaNYA masih terus didaki,kadang-kadang terjatuh tersungkur kerana fitrah manusia yang terkadang lalai.namun itu bukan suatu alasan untuk terus lalai ,malah itu adalah adalah sentakan supaya kita terus mendaki menuju kearah yang lebih tinggi.inshaALLAH.bila diberi ujian keseorangan, namun itulah sebenarnya nikmat.kerana saat bersendirianlah mulut kita kurang bercakap dan itulah masa untuk kita berzikir,beristighfar dan berselawat..alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...ya ALLAH nikmat ketengan yang berikan membuatku terlalu terharu.ya ALLAH ampun kan dosaku dan seluruh umat islam.jangan biarkan kami pernah letih untuk terus mendaki cinta MU yang abadi...amin yang rabbal alamin...

wallahua'lam.. salam ukhwah..salam muhibah.. :)


Tuesday, March 2, 2010

BAB 21: TINTA AROMA SEJATI...


YANG COCOK BUATKU

Ya ALLAH, sesungguhnya kau tahu,
Di luhmahfuz telah tertulis aturanmu,
Segala cerita citra kisah kehidupanku,
Jodoh pertemuan hidup dan matiku,

Ya ALLAH sesungguhnya kau maha mengetahui,
Tika Mulut kubasahkan dengan zikir,
Tika mana hati ini mula terdetik,
Untuk sedia mencari cinta sejati,

Ya ALLAH sesungguhnya kaulah yg paling memahami,
Tujuanku untuk mula meniti titian kasih insani,
Ke jalan dakwah kususuri,
Agar awan tenang mula melindungi,

Ya ALLAH sesungguhnya kau maha penyayang,
Kau tayangkan wajah-wajah pejuang,
Membuat julung hatiku terpana,
Menjurus diriku tertunduk merendah..

Ya ALLAH sesungguhnya kau maha adil,
Layakkah aku??
Meminta yang baik sedangkan diriku tidak,
Memohon yang kuat sedangkan diriku tidak,
Mendapat yang baik sedang diriku tidak,

Hanya kau yang tahu ya ALLAH,
Sesungguhnya segala sesuatu yg kau beri adalah terbaik bagiku,
Kerana kaulah yang maha mengetahui segalanya,…
Tunjukkanlah aku yang benar antara yang benar....

Segala sesuatu yang kau tetapkan adalah ujian yang pasti ada hikmah disebaliknya.aku percaya kau akan member yang sefikrah denganku.sekufu buatku..ya ALLAH, jika ikatan terbaik buatku, maka tabahkan aku. Namun jika sendirian meniti jalan dakwah ini terbaik buatku,tenangkanlah hatiku..mungkin masih ada yang memerlukan khidmatku.mak ,keluarga,saudara dan sebagainya.redhaku di setiap ketentuanMU..alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah..amin..

“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)