Tuesday, August 31, 2010

BAB 28: DETIK-DETIK YANG MENDEBARKAN...


Walaupun dengan tiub di tangan, ALHAMDULILLAH..ALLAH masih berikan ana kekuatan untuk menunaikan ibadat wajib walaupun hanya setakat mampu di atas katil. Setelah solat isyak, ana menanti dengan penuh debar kehadiran doctor pakar yang dikatakan akan menentukan sama ada ana dibedah atau tidak. Hati terus berdoa dan bergantung kepada yang MAHA BERKUASA menentukan segalanya.

Setelah doctor datang, akhirnya ana di takdirkan untuk dibedah juga. jika tidak malam itu, mungkin esok kata doctor itu. Diri ini cuba memujuk hati supaya terus tabah. Rasa takut untuk di bedah memang tak dapat dihindarkan. Namun ana memanjat syukur ke hadrat ilahi.di saat begitu, abang-abang dan kakak-kakak yang berada jauh tak henti memberi kata-kata semangat. Sahabat-sahabat yang tak henti menghubungi memberi dorongan.alhamdulillah.

Esoknya, 2.julai.2010, sempena tarikh hari lahir ana, makcik di sebelah katil ana yang juga menghidap appendix di bawa ke bilik bedah. Setelah solat subuh dan membaca maathurat, hati ini belum pernah berhenti berdoa.mak pula tidak berhenti membaca yasin memohon segalanya selamat.mak sempat lagi berkata “ dia tak datang ambil untuk bedah lagi ni.dah pukul 10 pagi. Mungkin tak jadi dah tu uyu..” cuba menenangkan ana. Namun, ana cuba bersedia dengan apa sahaja. Baju bedah sudah berada di meja katil ana.hati ini terasa agak gerun melihat baju itu. Auntie Chinese yang berada di tepi katil ana dan makcik dihadapan katil ana cuba menenangkan ana .dengan kata-kata semangat dan pengalaman bedah yang dikongsi oleh mereka,buat ana rasa lebih yakin dan tidak takut. Setelah dibantu nurse dan mak untuk memakai baju bedah, ana ditolak keluar wad mengggunakan katil beroda.

kakda yang baru balik dari Terengganu ke Kelantan bersama suaminya abang faisal, anaknya naim dan qistina yang masih kecil, menenangkan ana dengan pandangan dan kata-kata mereka. Mulut ana masih tak berhenti berzikir pada ALLAH,berselawat dan membaca ayat-ayat suci AL Quran. Berhenti sejenak terkumat kamit membaca apabila bahu disentuh ayo,abang ana yang cuba menenangkan ana. “jangan takut…takde pape..” .kemudian, nurse dan ayo menolak katil ana ke unit pembedahan sementara mak,kakda,abang faisal,naim dan qistina menunggu di wad. Mak masih membaca yasin saat ana dikeluarkan wad tadi. Sampai di unit pembedahan, ayo hanya boleh masuk separuh dari bilik pembedahan. Sebelum pergi untuk tunggu di luar, ayo sempat menepuk bahu ana lagi,tapi saat itu ana tidak pasti apa yang dibisikkan sebelum berlalu pergi. Ayo pergi melepasi satu pintu besi automatic dan berpaling senyum ke arah ana sebelum pintu besi automatic itu menghilangkan ayo dari pandangan ana.

mulut masih tidak berhenti terkumat kamit. Hati terus berdoa moga ALLAH permudahkan segalanya. Setelah beberapa orang doctor memberikan penjelasan mengenai pembedahan itu,implikasi dan sebagainya,ana di bawa ke satu bilik bedah yang khusus.terdapat dalam lebih 5orang dalam bilik itu.mereka semua bersedia dengan alat bedah.setelah seorang doctor memperkenalkan doctor yang akan membedah dan membius ana seorang demi seorang, seorang doctor perempuan berkata “ fatin..selawat ye..kami nak bius dah ni” mulut ni memang tak berhenti berselawat,istifar dan mengucap dua kalimah syahadah. Setelah itu,ubat bius dimasukkan melalui tiub yang berada di tangan kiri ana. “fatin…buka mata fatin..jangan tutup mata fatin…fatin…” itu je yang sempat ana dengar sebelum semuanya gelap gelita.


tamat...

Friday, August 27, 2010

BAB 27:KITA HANYA MERANCANG,ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA



Apa yang nak dikongsikan dalam post kali ini ye? Post penceritaan kali ini mungkin kelihatan agak seperti ana kembalikan kisah yang telah habis pada bab-bab yang lalu.namun, bab-bab itu mungkin bukan hanya akan berulang kali ini,tapi mungkin juga berulang lagi suatu hari nanti. Kisah yang diputarkan mungkin sama,tapi cara kita menghadapinya haruslah berbeza kerana hidup yang tanpa perubahan adalah hidup yang dalam kegagalan...

++++++++++++++++++++++

1.julai.2010,Khamis, 3.00pagi,Pagi itu ana bangun dari tidur dengan penuh kesyukuran kerana masih dikurniakan nyawa untuk hidup sekaligus beribadat kepada ALLAH.alhamdulillah… setelah membaca doa dan mengucap syukur pada ALLAH, ana melangkah ke dapur untuk menyiapkan makanan sahur (goreng telur je..he2).. sambil menikmati juadah sahur yang menyelerakan, ana pun menjeling kearah plastic market berwarna putih berisi bahan untuk membuat kek coklat yang ana beli semalam. Teringat reunion Semalam yang diadakan untuk merapatkan ukhwah dengan geng-geng sekolah menengah.masa balik,ana berjalan ke market bersama yati,sahabat selaku adik pada ana untuk membeli barang-barang membuat kek. Terasa tak sabar nak buat kek pada hari lahir ana esok. Hari ini puasa dulu…esok hari jumaat, hari lahir, tak yah puasa dah.esok nak bangun pagi-pagi ,masa orang tidur, nak buat kek. Lepas tu nanti boleh suap kek ni ke mulut mak.hari lahir ana ni untuk mak.mak yang susah payah lahirkan dan besarkan ana pada tarikh 2.julai , 21 tahun yang lepas.hmm…tak sabar nak tunggu esok. ALAMAK! Dah pukul 4.30pagi.cepatnya. ana pun cepat-cepat minum segelas susu dan segelas air jernih. Alhmdulillah kenyang. Lepas tu, melakukan aktiviti dinihari yang menenangkan jiwa sehinggalah solat subuh. Selesai solat subuh, ana terlelap (tidur terus..tu yang payah rezeki tu..hehe).ana bangun pukul 8.00 pagi.tiba-tiba rasa sakit perut.ana dah tak larat nak bangun,hanya mampu panggil nama mak dan nyatakan sakit. Abang zi ,kak sara dan mak terus membawa ana ke klinik Fuad. Sebelum itu ana, sempat habiskan sepinggan nasi di gerai sebelah klinik Fuad.terpaksa buka puasa.selepas makan, sakit pun dah kurang.namun, setelah doctor memeriksa sakit ana, dia berkata “tak boleh ni makcik. Saya kena buat surat sekarang juga.kena hantar ke hospital ni. Ada masalah dengan appendix ni.kena bedah cepat”. Ana pun terkejut dengan reaksi yang sukar digambarkan.hanya mampu tunduk merenung lantai.tak tahu apa yang nak difikirkan.hanya terkedu. “tak boleh bagi ubat dulu ke doctor?tak berhenti ke dengan ubat?”Tanya mak .ana tak sempat nak melihat reaksi mak saat itu.namun, yang pastinya mak pasti terkejut dengan kenyataan doctor itu.sakit sekarang sama seperti sakit dimatrik dahulu.suspect appendix. Doctor tu menjawab dengan professional pertanyaan mak itu” tak boleh makcik…baik kita hantar sekarang.kalau jadi apa-apa pada dia nanti, menyesal saya nanti makcik” doctor itu menambah lagi “nurul pergi ye hospital? Nurul?nurul?” mak dan doctor senyap memandang ana menantikan jawapan dari mulut ana.ana masih merenung lantai tanpa nada sehingga perlahan ana menjawab “ ikutlah..”. setelah itu,abang zi, kak sara dan mak membawa ana ke hospital menggunakan kereta abang zi. Dalam perjalanan ana hanya diam tanpa sepatah kata pun. Dalam hati ini terus berdoa moga ALLAH menyelamatkan ana lagi kali ini seperti di matrik dahulu. Masa di matrik, pembedahan tak jadi di sebabkan ana hanya di syaki gastric.bukan appendix.sampai di wad kecemasan ,setelah men “inject” tiub memasukkan air ditangan,tidak lama kemudian ana dibawa ke wad .hati ana masih terus berdoa moga ujian yang ALLAH berikan ini akan berakhir seperti dahulu.semoga ALLAH terus tabahkan hati walau apapun yang terjadi.detik hati ‘ya ALLAH..aku tahu ini dugaan dariMU.terus tabahkan aku semoga ujian yang kecil ini dapat kuharungi dengan hati yang tenang…ALLAH...'


TO BE CONTINUE....

BAB 26: ILMU ITU CAHAYA DARIPADA ALLAH



10,11 dan 12.6.2010, ana menyertai program anjuran PERDANA UKM

iaitu KEM CAKNA ILMU (KECANA’10) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2. Ana ditugaskan ketua unit pendaftaran dan fasilitator. Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar walaupun pendaftaran bermula sedikit lewat. Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 5 sekolah ini yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Masa tu tak sabar sangat nak jumpa dengan adik-adik,nak kongsi apa yang dapat dikongsi.alhamdulillah adik-adik memberi respon yang baik semasa dan selepas program berjalan.Sambil menyediakan program untuk pelajar, ana juga dapat memungut banyak ilmu melalui ceramah-ceramah yang disampaikan.tertarik ana dengan cerita seorang penceramah mengenai seorang guru yang kuat agama (tak igt nama) mengatakan pada anak-anak muridnya “tuhan kamu berada dibawah tumit kaki aku” sambil menghentak tumit kakinya ke tanah. bila diketahui oleh khalifah pada zaman itu, guru tersebut dipanggil menghadap khalifah tersebut.khalifah itu bertanya guru tersebut, “adakah benar kamu mengatakan demikian?” guru itu mengiakan sehingga guru itu dihukum bunuh. Setelah khalifah berganti silih kepada beberapa khalifah yang lain, cerita guru itu muncul kembali dengan izin ALLAH. ALLAH mendetikkan hati khalifah pada zaman itu untuk mengkaji kembali kes itu. Khalifah pada zaman itu pergi ketempat di mana guru itu berkata demikian dan tempat dimana guru itu menghentakkan kakinya. Khalifah itu menyuruh orang menggali tempat dimana kaki guru itu dihentak. Dan apa yang dijumpai…subhanallah..harta karun. Rupanya, pada masa itu guru demikian marah akan anak-anak muridnya yang cintakan harta duniawi. Oleh itu, dia menghentakkan kaki ketanah menyatakan bahawa harta karun itu(harta keduniaan) adalah tuhan anak-anak muridnya. Terbongkarlah kisah setelah guru tersebut sekian lama telah dihukum bunuh. Konklusi,dunia hanya sementara, jangan cintakan dunia melebihi sesuatu yang lebih hak kita cintai. Pada akhir zaman ini memang terdapat golongan yang cintakan dunia dan takutkan mati. Jangan jadikan diri kita salah seorang daripada golongan yang demikian.

ALLAH berfirman sebagai peringatan dalam al Quran surah isra’ ayat 16-21, terjemahannya :

“Dan jika Kami hendak membinasakan(menghancurkan) suatu negeri (kaum), maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta’ati ALLAH), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah kami binasakan. Dan cukuplah Tuhan kamu Maha Mengetahui dan Maha Melihat dosa hamba-hambaNya. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (keduniaan), maka Kami segerakan (keduniaan itu) untuknya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan (sementara di akhirat) Kami tentukan baginya neraka Jahanam (kerana menyalahgunakan keduniaan), ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia orang Mukmin (taat pada ALLAH), maka mereka itu adalah orang yang usahanya dibalasi dengan kebaikan. Kepada masing-masing golongan, baik golongan ini (mencintai dunia) atau golongan itu(mencintai akhirat), maka Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya”

Setelah menjelajah ke sekolah SMKTM 2 , ana ikuti program PERDANA UKM lagi ke Sekolah Maahad Gua Musang dengan program bernama “program sekolah angkat (PROSA’10)”. Tugas ana kali ni sebagai fasilitator. Best dengan adik-adik dan dapat adik2 angkat yang comel, adik ain dan adik aza. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan .amin.. ceramah –ceramah yang disediakan juga amat bagus. Banyak juga ilmu yang dapat dipungut. Sepanjang percutian, ana juga sempat mengadakan reunion kembali sahabat-sahabat yang lama tak bersua muka. Reunion dengan sahabat matrik, reunion dengan student sekolah menengah.

konklusinya,alhamdulillah sepanjang cuti banyak benda yang diinginkan dapat dicapai. Banyak ilmu yang berguna dapat dipungut.namun, setitis ilmu ALLAH adalah lautan pada kedangkalan otak manusia. jika diraut pohon diseluruh benua dijadikan tinta, tidak akan terdaya kita menulis kalam ALLAH. semakin dibincang,semakin dalam pengertian. semakin dibongkar rahsia ,semakin berliku misterinya. benarlah seperti kata imam syafie, "semakin bertambah ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu".... syair imam syafie.."selagimana masa(hidup) mendidikku, aku melihat akalku(ilmuku) semakin bkurangan
dan bila aku tidak menambah ilmuku, aku melihat ilmuku semakin btambah dgn kejahilanku.." semoga kita beramal ikhlas dengan segala ilmu yang kita ade..amin.. orang yang berilmu dapat beribadat dalam tidurnya, kata hukama:

"mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada ikhlas"

sekian..Allahua'lam..:)

BAB 25: HASRAT YANG TERCAPAI


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim….ana memulakan penulisan dan perkongsian yang telah kian lama tergendala dan terhenti. Setelah terputusnya talian telekomunikasi yang canggih iaitu internet selama dua bulan percutian semester ana, maka tertangguhlah juga perkongsian dalam PERJALANAN MENCARI CINTA-MU ini. Namun ,tertangguh bukan bereti berhenti. “people who are stop,never win anything”. Apa yang ana nak kita sama-sama WIN sangat tu?jom sama-sama kita teruskan Perjalanan kita mencari Kemenangan CINTA dan REDHA yang kita dahagakan. CINTA DAN REDHA ILAHI…

Hampir dua bulan percutian, ana tak rasakan sedetik pun kebosanan berada dihati.alhamdulillah…setiap detik Cuba ana penuhkan aktiviti yang dapat memanfaatkan diri dan orang lain. Kadang-kadang detikan hati datang yang menyatakan takutnya detik yang hilang dan terbuang tanpa manfaat.terngiang-ngiang kata-kata imam syafie “yang paling jauh bukannya bintang,mentari pun bukan juga rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.kelmarin yang terluput mengukir sesalan dan yang ada hanya hari ini dan akan datang” . jadi jom sama-sama kita gunakan setiap detik yang ada kearah kebaikan.mungkin kekadang kita tergelincir.tapi itu tak bermakna kita sudah tidak boleh bangun lagi. Kemenangan akan kita gapai saat kita bangun kembali.

Seawal percutian, ana menghabiskan masa menuntut ilmu dengan mak. Ilmu duniawi juga untuk akhirat.alhamdulillah. kursus belajar masakan mak, menguruskan rumah.menjahit tak sempat.hehe. mak juga mengajak ana untuk pengisian rohani ke ceramah-ceramah agama, kelas mengaji dan sebagainya. Walaupun ana seorang sahaja warga muda yang ada, namun cuba ana sesuaikan diri bergaul dengan makcik-makcik yang ramah dan lucu. Tergelak juga ana bersama-sama mereka melihat gelagat dan petah kata mereka yang menghiburkan.comel….hehe. tidak sedikitpun diri ini rasa terpinggir kerana layanan mereka terhadap ana seperti layanan terhadap seorang anak dan teman rapat.

Alhamdulillah..itulah hasrat yang telah tercapai sepanjang percutian semester.walaupun masih ada ruang-ruang kosong yang masih boleh diisi,namun berusaha untuk mengisi sudah baik.cuma usaha lagi.jom sama2 sahabat! kita gambatte2!