Sunday, March 21, 2010

BAB 23: LIHATLAH DENGAN PANDANGAN MATA HATI..



bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Salam muhibah bagi semua yang sudi menjenguk ke blog ini.semoga segalanya yang baik terus di berkati ALLAH..inshaALLAH..

Hari ini ana teringin bercerita sedikit pengalaman tentang perjalanan ana menjelajah sepanjang hari di Universiti Kebangsaan Malaysia.perjalanan yang tidak terlalu panjang.namun terselit terlalu banyak ilmu dan pengajaran bagi ana. Bagi sesiapa yang pernah ana ceritakan tentang pengalaman ini, maka layan je la…hehe.

Satu pagi yang indah dan permai..ana bangun dan bersyukur kerana masih lagi di beri nikmat dan bernyawa di bumi ALLAH ini untuk terus beribadah kepadaNYA..alhamdulillah..hari ini ana lalui seperti biasa.pukul7.30 pg ana telah siap dan bertolak ke fakulti,berjalan kaki.suasana pagi yang sejuk dan nyaman untuk dilalui. Dalam perjalanan, ana memerhati seorang pakcik pekerja yang sedang menolak daun-daun ditengah jalan menggunakan mesin.setiap kali kereta melalui jalan itu, maka daun-daun itu berselerak kembali di jalanan..namun pakcik itu tidak sedikitpun kelihatan berputus asa.dia masih terus menolak daun dan cuba mengumpulkannya di suatu tempat.dan beberapa kali juga kereta lalu sebelum pakcik itu Berjaya juga menolak daun ke tepi.ya ALLAH…betapa tabahnya pakcik itu.tak kelihatan muka merungut akibat kerja yang terpaksa diulang beberapa kali sebelum Berjaya.pakcik itu juga tidak menghiraukan akibat berada di tengah jalan. Dia hanya cuba menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. ana agak sebak juga saat itu.namun ana meneruskan lagi perjalanan yang terhenti sebentar tadi sehingga ana bertemu pula dengan seorang makcik yang sedang menyapu daun-daun yang berada di kawasann luas berbukit. Ana kagum, betapa tabahnya makcik itu cuba menyapu semua daun yang berada dikawasan itu yang sangat luas.ya ALLAH, jika tugas itu diberikan kepada ana,jujurnya ana pun tak mampu menyapu sejauh itu..perasaan sebak kembali menyelinap masuk ke hati ana. Sebelum ini ana pernah melihat seorang pekerja bertungkus lumus membersih lumut yang ana di satu kawasan di fakulti. Ana terkejut apabila dari pagi ana ke kelas sampailah pukul6 petang,pekerja itu masih disitu,cuba untuk menghilangkan lumut yang ada. Ya ALLAH…tabahnya hati itu..

Ana masih lagi meneruskan perjalanan ke fakulti. Sampai disana ana melihat pula pada wajah-wajah yang berpangkat di fakulti itu. Ada juga yang memandang rendah kepada orang yang berada bawah padanya.ya ALLAH berilah petunjuk padanya..namun, bukan semuanya yang berperangai sedemikian.ade juga yang semakin berpangkat,dan semakin merendah diri.

Konklusi yang dapat dibuat melalui perjalanan yang ana lalui hari ini, jika serendah mana pun kehidupan kita didunia,jika kita redha dengan apa yang telah ditentukan, maka walaupun bkerja hanya sebagai pencedok tahi sekalipun,kedudukan kita lebih tinggi dari orang yang berpangkat. Seperti kata seorang penceramah dalam video yang ana lihat dari pror tariq ramadhan, “I don’t luck what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today” .

So,seperti kata seorang pelakon dalam satu drama Indonesia, “ALLAH memberi kamu ujian supaya kamu cuba melihat sekeliling kamu dengan mata hati , bukannya hanya pandangan luaran”

Maka lihatlah sekeliling antum semua..semoga mendapat sesuatu yang berguna.inshaALLAH..

Wallahua’lam… :)

No comments:

Post a Comment