Tuesday, August 13, 2013



moga bermanfaat buat semua :)

Monday, December 31, 2012

IM THE BEST!

IM THE BEST!

Ustazah: siapa nak jadi hebat dalam kelas ni suatu hari nanti?

Alia: saya ustazah! Sebab saya nak jadi doctor nanti. Saya boleh rawat semua orang yang sakit. Saya boleh jadi doctor yang terbaik!

Umar: saya-saya ustazah! Saya nak jadi polis. Nak jaga keselamatan semua. Tembak penjenayah.

Saturday, December 31, 2011

si fulan sedang mengumpatmu!!


assalamulaikum warahmatullah...apa khabar iman dan amal?moga baik2 hendaknya. alhamdulillah syukur lillah.. pada malam yang dah lewat ni akhirnya ternukil juga satu lukisan(1st time cuba) ...tapi rasanya macam tak jadi tulisan pon tak jelas. tapi tetap syukur juga. moga pembaca kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah seorang sahabat yang tabah ini. sahabat yang amat mengasihi sahabatnya yang lain. sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi temannya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri... jom sama2 shift paradigm. jom be a better person in front of ALLAH...insyaALLAH...amin..

Tuesday, December 6, 2011

SERIUS..SAYA JEALOUS DENGAN AWAK!






Suatu hari aisyah sedang berbual-bual dengan shera dibawah rendang pohon yang redup…

Shera: mesti seronok kan dapat jadi awak?

Aisyah: kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)

Shera: sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.

Aisyah: boleh saya tahu sebabnya?

Shera: sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk,solat sunat pulak selalu awak lazimi..baca Al-Quran awak fasih..siang awak Nampak gembira,bergelak ketawa,tapi malam saya selalu Nampak awak menangis di tikar sejadah..awak cantik,tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut,penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape2,mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang..mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah,Alhamdulillah,masyaALLAH,insyaALLAH’…semualah..sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal..saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)

Aisyah: ooo..macam tu..kalau macam tu,sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..

Shera: kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda Tanya)

Aisyah: sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul2 grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap2, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH,tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH..saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya.rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul2 SAYA JEALOUS DENGAN AWAK

Kata2 prof tariq ramadhan ““I don’t care what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today”

just LET SHIFT OUR PARADIGM to be a better person in front of ALLAH…credit 2 me 2

Saturday, December 3, 2011

betapa ALLAH terlalu sayangkan kita...








Assalamualaikum…

Bila dibincangkan atau disentuh tentang ALLAH SANGAT SAYANG PADA KITA, ada dikalangan kita yang berkompromi,bermuram durja dan am nya memprotes. Dalam versi ayat, ada juga yang berkata,

“betul ke ALLAH sayang kita?kalau ALLAH sayang kita kenapa beri ujian yang berat ni??dalam ramai-ramai orang,kenapa ALLAH pilih kita sebagai penerima ujian?kenapa tak bagi kat orang lain?”

Jawapannya senang sahaja, sebab ALLAH tersangat sayangkan kita.ALLAH bagi kita ujian sebab masih ingatkkan kita. DIA rindu suara hambaNYA..dia rindu mendengar suara hambaNYA dalam tadahan doanya. DIA tak ingatkan orang lain yang tak diberi ujian tu. Ada satu hadis yang menceritakan seseorang yang menangis di satu pertiga malam.dia menangis dalam tadahan doanya. Malaikat yang tak mampu lagi mendengar tangisan sayu itu,lantas bertemu ALLAH serta berkata, “ya ALLAH..hambaMU itu sedang menangis” lantas ALLAH berfirman. “biarkan dia. Sesungguhnya AKU merindui suaranya”.. subhanallah..betapa ALLAH sayang pada kita.betapa ALLAH selalu mengingati kita walaupun kita selalu dalam kealpaan.

“kenapa ALLAH bagi sakit yang berat?kalau ALLAH sayang kita?kenapa ALLAH bagi kita sakit barah yang sudah teruk?yang sudah tiada lagi harapan untuk hidup?kalau kita berdoa,adakah ALLAH akan menyembuhkan kita dan memanjangkan tempoh hidup kita lagi?kitamasih sangat muda”

Jawapannya, ALLAH terlalu sayang dan merindui kita. Betapa beruntungnya orang diberi ujian yang sedemikian. Mengapa beruntung? Satu, kerana ALLAH juga ingin mendengar tadahan doa serta suara kita. Maka jika kita seorang yang telah berdoa, sabar dan redha terhadap sakit yang telah diberikan. Maka kita adalah termasuk orang-orang yang ALLAH sangat –sangat tak sabar nak jumpa. Kenapa? Sebab ALLAH nak hadiahkan kita hadiah yang tebesar yang diidam semua umat islam .iaitu hadiah mati syahid. Apa kelebihan mati syahid?kenapa ramai yang merebutnya? Jawapannya, dengan mati syahid, seseorang itu tidak perlu dihisab.malah dihantarterus ke syurga yang paling tinggi martabatnya. ALALH sangat-sangat tak sabar nak berjumpa kita sebab ALLAH amat sayang kita dan rindu kita.subhanallah….seharusnya berdoalah kita.memetik hadis.

Janganlah ada orang yang menginginkan mati karena kesusahan yang dideritanya. Apabila harus melakukannya hendaklah dia cukup berkata, "Ya Allah, tetap hidupkan aku selama kehidupan itu baik bagiku dan wafatkanlah aku jika kematian baik untukku." (HR. Bukhari)

Nak dipendekkan,jika ditanya lagi..

Kenapa ALLAH bagi buta?

Jawapan: sebab ALLAH nak jaga mata kita. ALLAH taknak bagi kita tengok maksiat. ALLAH hilangkan dosa kita dari segi itu.

Kenapa ALLAH bagi bisu?

Jawapan: sebab ALLAH nak hilangkan dosa mengupat kita.hilangkan dosa bercakap perkara yang sia-sia.

Kenapa ALLAH bagi pekak?

Jawapan: sebab ALLAH nak menutup pendengaran kita dari benda yang matsiat dan sia-sia. ALLAH nak kurnia kita pahala FREE.

Kenapa ALLAH bagi tempang dan kudung?

Jawapan: Sebab ALLAH nak hindarkan kita dari berkunjung tempat matsiat dan jauh dari melakukan matsiat. ALLAH nak bagi pahala extra dalam kita beribadah. Semakin susah kita beribadah, dan kita tetap lakukan, semakin banyak pahala yang ALLAH janjikan.

Kenapa ALLAH bagi putus cinta?

Jawapan: sebab itu bukan jodoh kita. Jadi mana jodoh kita? Jangan bimbang… Ketentuan jodoh itu telah ALLAH tetapkan. ALLAH bagi putus sebab ALLAH nak gantikan kita yang lebih baik. ALLAH tak pernah dan tak mungkin berlaku kejam terhadap hambaNYA..andai diri kita resah tidak berpunya, ingatlah janji ALLAH, “lelaki soleh untuk perempuan yang soleh,perempuan soleh untuk lelaki yang soleh” bukan lelaki atau perempuan soleh itu yang dikejar. Tetapi diri kita dahulu yang perlu diperbaiki. Tidak perlu sibukkan diri kita mencari si dia. Tetapi sibukkanlah diri kita menjadi apa yang dituntut olehNYA.Subhanallah..betapa ALLAH sayang kita.

Kenapa ALLAH bagi result rendah?sedangkan kita dah usaha.

Jawapan: usaha itu masih belum mencukupi. Jika kita yakin bahawa usaha kita sudah cukup, maka pasti ALLAH nak menyediakan kita hikmah lain. Apakah hikmahnya? Sebab ALLAH maha mngetahui bahawa kita akan riak,ujub dan takbur dengan pemberian kejayaan itu.maka ALLAH nak jauhkan kita dari mendapat dosa-dosa itu. Subhanllah..betapa ALLAH sayang kita. Oleh itu,bersihkan niat dan mohon pertolongan dari ALLAH.

Kenapa ALLAH bagi takde duit?

Jawapan: sebab ALLAH jauhkan kita dari dosa riak-ujub-takbur-kedekut,membazir. Maka banyaknya dosa yang kita buat.tapi ALLAH hindarkan kita dar melakukannya. Betapa ALLAH sayang kita dan sentiasa mengingati kita.subhanallah…Alhamdulillah…ALLAHhu akbar.

Konklusinya…

Seorang penyair berkata:

“mereka bersenang-senang dengan angan khayalan sedangkan segala pemberian dalah ujian. Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian”

Kadang-kadang kita berdoa untuk kekuatan, tetapi dugaan yang diberi. Kita minta cerdik ,namun masalah pula yang timbul. Kita mintak bahagia, tetapi huru hara pula jadinya. Dugaan menjadikan mental untuk kuat,masalah menjadikan kita tabah. ALLAH yang maha mengetahui. Renungkan hadis ini

“telah berkata jibril, wahai tuhanku, engkau sampaikanlah hajat hambaMU. Maka ALLAH menjawab: biarkan hambaKU itu,kerna AKU mencintai suaranya”

Oleh itu, adakala kita perlu menanngis supaya kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa dan adakal kita perlu ketawa supaya kita tahu mahalnya nilai airmata. Ujian yang menimpa, sakit yang kita rasa. Namun sakit itu nikmat,kerana kita akan kenal rahmatNYA. Kesembuhannya tidak kita ingini, namun keredaan itulah yang kita dambai. Hikmah yang tersembunyi didalam langit tinggi hanya pemilik langit dan bumi maha mengetahui segalanya. Segala puji bagi ALLAH .kepadanya kita akan kembali.

sekian.untuk tatapan diri ana dan semua:)

im back!


assalamualaikum..seperti biasa persoalan yang selalu ditanya,apa khabar iman dan amal?soalan buat diri ana juga..harap2 sihat semua hendaknya..

pertama dan selama2nya ana memanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana DIA masih melentikkan dan memberi tenaga pada tangan ana untuk menekan butang keyboard ini. setelah sekian lama (setahun lebih) ana berdiam diri ana ingin memohon maaf kepada yang tertanya-tanya, mengapa kisah perjalanan mencari cintaMU tidak disambung? kini ana mungkin ana menyelit sedikit sebanyak kisah hidup ana. tetapi bukan melalui penceritaan sepenuhnya mengenai kisah hidup,tetapi lebih kepada perkongsian untuk semua fahami dan hayati. insyaALLAH..

sekali lagi ana memohon maaf..harap kita sama-sama dapat mengambil manfaat setiap penulisan ana ini..terutama ana sendiri.. salam pertemuan kembali dan selamat membaca! :) wallahua'lam

Tuesday, August 31, 2010

BAB 28: DETIK-DETIK YANG MENDEBARKAN...


Walaupun dengan tiub di tangan, ALHAMDULILLAH..ALLAH masih berikan ana kekuatan untuk menunaikan ibadat wajib walaupun hanya setakat mampu di atas katil. Setelah solat isyak, ana menanti dengan penuh debar kehadiran doctor pakar yang dikatakan akan menentukan sama ada ana dibedah atau tidak. Hati terus berdoa dan bergantung kepada yang MAHA BERKUASA menentukan segalanya.

Setelah doctor datang, akhirnya ana di takdirkan untuk dibedah juga. jika tidak malam itu, mungkin esok kata doctor itu. Diri ini cuba memujuk hati supaya terus tabah. Rasa takut untuk di bedah memang tak dapat dihindarkan. Namun ana memanjat syukur ke hadrat ilahi.di saat begitu, abang-abang dan kakak-kakak yang berada jauh tak henti memberi kata-kata semangat. Sahabat-sahabat yang tak henti menghubungi memberi dorongan.alhamdulillah.

Esoknya, 2.julai.2010, sempena tarikh hari lahir ana, makcik di sebelah katil ana yang juga menghidap appendix di bawa ke bilik bedah. Setelah solat subuh dan membaca maathurat, hati ini belum pernah berhenti berdoa.mak pula tidak berhenti membaca yasin memohon segalanya selamat.mak sempat lagi berkata “ dia tak datang ambil untuk bedah lagi ni.dah pukul 10 pagi. Mungkin tak jadi dah tu uyu..” cuba menenangkan ana. Namun, ana cuba bersedia dengan apa sahaja. Baju bedah sudah berada di meja katil ana.hati ini terasa agak gerun melihat baju itu. Auntie Chinese yang berada di tepi katil ana dan makcik dihadapan katil ana cuba menenangkan ana .dengan kata-kata semangat dan pengalaman bedah yang dikongsi oleh mereka,buat ana rasa lebih yakin dan tidak takut. Setelah dibantu nurse dan mak untuk memakai baju bedah, ana ditolak keluar wad mengggunakan katil beroda.

kakda yang baru balik dari Terengganu ke Kelantan bersama suaminya abang faisal, anaknya naim dan qistina yang masih kecil, menenangkan ana dengan pandangan dan kata-kata mereka. Mulut ana masih tak berhenti berzikir pada ALLAH,berselawat dan membaca ayat-ayat suci AL Quran. Berhenti sejenak terkumat kamit membaca apabila bahu disentuh ayo,abang ana yang cuba menenangkan ana. “jangan takut…takde pape..” .kemudian, nurse dan ayo menolak katil ana ke unit pembedahan sementara mak,kakda,abang faisal,naim dan qistina menunggu di wad. Mak masih membaca yasin saat ana dikeluarkan wad tadi. Sampai di unit pembedahan, ayo hanya boleh masuk separuh dari bilik pembedahan. Sebelum pergi untuk tunggu di luar, ayo sempat menepuk bahu ana lagi,tapi saat itu ana tidak pasti apa yang dibisikkan sebelum berlalu pergi. Ayo pergi melepasi satu pintu besi automatic dan berpaling senyum ke arah ana sebelum pintu besi automatic itu menghilangkan ayo dari pandangan ana.

mulut masih tidak berhenti terkumat kamit. Hati terus berdoa moga ALLAH permudahkan segalanya. Setelah beberapa orang doctor memberikan penjelasan mengenai pembedahan itu,implikasi dan sebagainya,ana di bawa ke satu bilik bedah yang khusus.terdapat dalam lebih 5orang dalam bilik itu.mereka semua bersedia dengan alat bedah.setelah seorang doctor memperkenalkan doctor yang akan membedah dan membius ana seorang demi seorang, seorang doctor perempuan berkata “ fatin..selawat ye..kami nak bius dah ni” mulut ni memang tak berhenti berselawat,istifar dan mengucap dua kalimah syahadah. Setelah itu,ubat bius dimasukkan melalui tiub yang berada di tangan kiri ana. “fatin…buka mata fatin..jangan tutup mata fatin…fatin…” itu je yang sempat ana dengar sebelum semuanya gelap gelita.


tamat...

Friday, August 27, 2010

BAB 27:KITA HANYA MERANCANG,ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA



Apa yang nak dikongsikan dalam post kali ini ye? Post penceritaan kali ini mungkin kelihatan agak seperti ana kembalikan kisah yang telah habis pada bab-bab yang lalu.namun, bab-bab itu mungkin bukan hanya akan berulang kali ini,tapi mungkin juga berulang lagi suatu hari nanti. Kisah yang diputarkan mungkin sama,tapi cara kita menghadapinya haruslah berbeza kerana hidup yang tanpa perubahan adalah hidup yang dalam kegagalan...

++++++++++++++++++++++

1.julai.2010,Khamis, 3.00pagi,Pagi itu ana bangun dari tidur dengan penuh kesyukuran kerana masih dikurniakan nyawa untuk hidup sekaligus beribadat kepada ALLAH.alhamdulillah… setelah membaca doa dan mengucap syukur pada ALLAH, ana melangkah ke dapur untuk menyiapkan makanan sahur (goreng telur je..he2).. sambil menikmati juadah sahur yang menyelerakan, ana pun menjeling kearah plastic market berwarna putih berisi bahan untuk membuat kek coklat yang ana beli semalam. Teringat reunion Semalam yang diadakan untuk merapatkan ukhwah dengan geng-geng sekolah menengah.masa balik,ana berjalan ke market bersama yati,sahabat selaku adik pada ana untuk membeli barang-barang membuat kek. Terasa tak sabar nak buat kek pada hari lahir ana esok. Hari ini puasa dulu…esok hari jumaat, hari lahir, tak yah puasa dah.esok nak bangun pagi-pagi ,masa orang tidur, nak buat kek. Lepas tu nanti boleh suap kek ni ke mulut mak.hari lahir ana ni untuk mak.mak yang susah payah lahirkan dan besarkan ana pada tarikh 2.julai , 21 tahun yang lepas.hmm…tak sabar nak tunggu esok. ALAMAK! Dah pukul 4.30pagi.cepatnya. ana pun cepat-cepat minum segelas susu dan segelas air jernih. Alhmdulillah kenyang. Lepas tu, melakukan aktiviti dinihari yang menenangkan jiwa sehinggalah solat subuh. Selesai solat subuh, ana terlelap (tidur terus..tu yang payah rezeki tu..hehe).ana bangun pukul 8.00 pagi.tiba-tiba rasa sakit perut.ana dah tak larat nak bangun,hanya mampu panggil nama mak dan nyatakan sakit. Abang zi ,kak sara dan mak terus membawa ana ke klinik Fuad. Sebelum itu ana, sempat habiskan sepinggan nasi di gerai sebelah klinik Fuad.terpaksa buka puasa.selepas makan, sakit pun dah kurang.namun, setelah doctor memeriksa sakit ana, dia berkata “tak boleh ni makcik. Saya kena buat surat sekarang juga.kena hantar ke hospital ni. Ada masalah dengan appendix ni.kena bedah cepat”. Ana pun terkejut dengan reaksi yang sukar digambarkan.hanya mampu tunduk merenung lantai.tak tahu apa yang nak difikirkan.hanya terkedu. “tak boleh bagi ubat dulu ke doctor?tak berhenti ke dengan ubat?”Tanya mak .ana tak sempat nak melihat reaksi mak saat itu.namun, yang pastinya mak pasti terkejut dengan kenyataan doctor itu.sakit sekarang sama seperti sakit dimatrik dahulu.suspect appendix. Doctor tu menjawab dengan professional pertanyaan mak itu” tak boleh makcik…baik kita hantar sekarang.kalau jadi apa-apa pada dia nanti, menyesal saya nanti makcik” doctor itu menambah lagi “nurul pergi ye hospital? Nurul?nurul?” mak dan doctor senyap memandang ana menantikan jawapan dari mulut ana.ana masih merenung lantai tanpa nada sehingga perlahan ana menjawab “ ikutlah..”. setelah itu,abang zi, kak sara dan mak membawa ana ke hospital menggunakan kereta abang zi. Dalam perjalanan ana hanya diam tanpa sepatah kata pun. Dalam hati ini terus berdoa moga ALLAH menyelamatkan ana lagi kali ini seperti di matrik dahulu. Masa di matrik, pembedahan tak jadi di sebabkan ana hanya di syaki gastric.bukan appendix.sampai di wad kecemasan ,setelah men “inject” tiub memasukkan air ditangan,tidak lama kemudian ana dibawa ke wad .hati ana masih terus berdoa moga ujian yang ALLAH berikan ini akan berakhir seperti dahulu.semoga ALLAH terus tabahkan hati walau apapun yang terjadi.detik hati ‘ya ALLAH..aku tahu ini dugaan dariMU.terus tabahkan aku semoga ujian yang kecil ini dapat kuharungi dengan hati yang tenang…ALLAH...'


TO BE CONTINUE....

BAB 26: ILMU ITU CAHAYA DARIPADA ALLAH



10,11 dan 12.6.2010, ana menyertai program anjuran PERDANA UKM

iaitu KEM CAKNA ILMU (KECANA’10) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2. Ana ditugaskan ketua unit pendaftaran dan fasilitator. Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar walaupun pendaftaran bermula sedikit lewat. Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 5 sekolah ini yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Masa tu tak sabar sangat nak jumpa dengan adik-adik,nak kongsi apa yang dapat dikongsi.alhamdulillah adik-adik memberi respon yang baik semasa dan selepas program berjalan.Sambil menyediakan program untuk pelajar, ana juga dapat memungut banyak ilmu melalui ceramah-ceramah yang disampaikan.tertarik ana dengan cerita seorang penceramah mengenai seorang guru yang kuat agama (tak igt nama) mengatakan pada anak-anak muridnya “tuhan kamu berada dibawah tumit kaki aku” sambil menghentak tumit kakinya ke tanah. bila diketahui oleh khalifah pada zaman itu, guru tersebut dipanggil menghadap khalifah tersebut.khalifah itu bertanya guru tersebut, “adakah benar kamu mengatakan demikian?” guru itu mengiakan sehingga guru itu dihukum bunuh. Setelah khalifah berganti silih kepada beberapa khalifah yang lain, cerita guru itu muncul kembali dengan izin ALLAH. ALLAH mendetikkan hati khalifah pada zaman itu untuk mengkaji kembali kes itu. Khalifah pada zaman itu pergi ketempat di mana guru itu berkata demikian dan tempat dimana guru itu menghentakkan kakinya. Khalifah itu menyuruh orang menggali tempat dimana kaki guru itu dihentak. Dan apa yang dijumpai…subhanallah..harta karun. Rupanya, pada masa itu guru demikian marah akan anak-anak muridnya yang cintakan harta duniawi. Oleh itu, dia menghentakkan kaki ketanah menyatakan bahawa harta karun itu(harta keduniaan) adalah tuhan anak-anak muridnya. Terbongkarlah kisah setelah guru tersebut sekian lama telah dihukum bunuh. Konklusi,dunia hanya sementara, jangan cintakan dunia melebihi sesuatu yang lebih hak kita cintai. Pada akhir zaman ini memang terdapat golongan yang cintakan dunia dan takutkan mati. Jangan jadikan diri kita salah seorang daripada golongan yang demikian.

ALLAH berfirman sebagai peringatan dalam al Quran surah isra’ ayat 16-21, terjemahannya :

“Dan jika Kami hendak membinasakan(menghancurkan) suatu negeri (kaum), maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta’ati ALLAH), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah kami binasakan. Dan cukuplah Tuhan kamu Maha Mengetahui dan Maha Melihat dosa hamba-hambaNya. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (keduniaan), maka Kami segerakan (keduniaan itu) untuknya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan (sementara di akhirat) Kami tentukan baginya neraka Jahanam (kerana menyalahgunakan keduniaan), ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia orang Mukmin (taat pada ALLAH), maka mereka itu adalah orang yang usahanya dibalasi dengan kebaikan. Kepada masing-masing golongan, baik golongan ini (mencintai dunia) atau golongan itu(mencintai akhirat), maka Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya”

Setelah menjelajah ke sekolah SMKTM 2 , ana ikuti program PERDANA UKM lagi ke Sekolah Maahad Gua Musang dengan program bernama “program sekolah angkat (PROSA’10)”. Tugas ana kali ni sebagai fasilitator. Best dengan adik-adik dan dapat adik2 angkat yang comel, adik ain dan adik aza. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan .amin.. ceramah –ceramah yang disediakan juga amat bagus. Banyak juga ilmu yang dapat dipungut. Sepanjang percutian, ana juga sempat mengadakan reunion kembali sahabat-sahabat yang lama tak bersua muka. Reunion dengan sahabat matrik, reunion dengan student sekolah menengah.

konklusinya,alhamdulillah sepanjang cuti banyak benda yang diinginkan dapat dicapai. Banyak ilmu yang berguna dapat dipungut.namun, setitis ilmu ALLAH adalah lautan pada kedangkalan otak manusia. jika diraut pohon diseluruh benua dijadikan tinta, tidak akan terdaya kita menulis kalam ALLAH. semakin dibincang,semakin dalam pengertian. semakin dibongkar rahsia ,semakin berliku misterinya. benarlah seperti kata imam syafie, "semakin bertambah ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu".... syair imam syafie.."selagimana masa(hidup) mendidikku, aku melihat akalku(ilmuku) semakin bkurangan
dan bila aku tidak menambah ilmuku, aku melihat ilmuku semakin btambah dgn kejahilanku.." semoga kita beramal ikhlas dengan segala ilmu yang kita ade..amin.. orang yang berilmu dapat beribadat dalam tidurnya, kata hukama:

"mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada ikhlas"

sekian..Allahua'lam..:)

BAB 25: HASRAT YANG TERCAPAI


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim….ana memulakan penulisan dan perkongsian yang telah kian lama tergendala dan terhenti. Setelah terputusnya talian telekomunikasi yang canggih iaitu internet selama dua bulan percutian semester ana, maka tertangguhlah juga perkongsian dalam PERJALANAN MENCARI CINTA-MU ini. Namun ,tertangguh bukan bereti berhenti. “people who are stop,never win anything”. Apa yang ana nak kita sama-sama WIN sangat tu?jom sama-sama kita teruskan Perjalanan kita mencari Kemenangan CINTA dan REDHA yang kita dahagakan. CINTA DAN REDHA ILAHI…

Hampir dua bulan percutian, ana tak rasakan sedetik pun kebosanan berada dihati.alhamdulillah…setiap detik Cuba ana penuhkan aktiviti yang dapat memanfaatkan diri dan orang lain. Kadang-kadang detikan hati datang yang menyatakan takutnya detik yang hilang dan terbuang tanpa manfaat.terngiang-ngiang kata-kata imam syafie “yang paling jauh bukannya bintang,mentari pun bukan juga rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.kelmarin yang terluput mengukir sesalan dan yang ada hanya hari ini dan akan datang” . jadi jom sama-sama kita gunakan setiap detik yang ada kearah kebaikan.mungkin kekadang kita tergelincir.tapi itu tak bermakna kita sudah tidak boleh bangun lagi. Kemenangan akan kita gapai saat kita bangun kembali.

Seawal percutian, ana menghabiskan masa menuntut ilmu dengan mak. Ilmu duniawi juga untuk akhirat.alhamdulillah. kursus belajar masakan mak, menguruskan rumah.menjahit tak sempat.hehe. mak juga mengajak ana untuk pengisian rohani ke ceramah-ceramah agama, kelas mengaji dan sebagainya. Walaupun ana seorang sahaja warga muda yang ada, namun cuba ana sesuaikan diri bergaul dengan makcik-makcik yang ramah dan lucu. Tergelak juga ana bersama-sama mereka melihat gelagat dan petah kata mereka yang menghiburkan.comel….hehe. tidak sedikitpun diri ini rasa terpinggir kerana layanan mereka terhadap ana seperti layanan terhadap seorang anak dan teman rapat.

Alhamdulillah..itulah hasrat yang telah tercapai sepanjang percutian semester.walaupun masih ada ruang-ruang kosong yang masih boleh diisi,namun berusaha untuk mengisi sudah baik.cuma usaha lagi.jom sama2 sahabat! kita gambatte2!