Wednesday, February 24, 2010

BAB 20 : JANGAN MENANGIS SAYANG...


assalamualaikum...
salam sejahtera..

hari ini ana gatal tangan nak menulis lagi.hehe.dari semalam lagi rasa nak menaip sesuatu untuk dikongsi,tapi idea blank. mata ana tiba-tiba rasa pedih, rasa macam nak tertutup (mengantuk la tu...hehe). ubat yang paling mujarab apabila mengantuk ialah????tidola...hehe.

ok back to the topic..hari ini ana terfikir sesuatu yang simple, tapi ulasannya mungkin boleh memberi manfaat yang banyak .inshaALLAH. tentang SEDIH..
biasalah manusia mempunyai pelbagai perasaan yang ALLAH ciptakan .variasi yang indah supaya kehidupan kita penuh dengan warna warni dan bukannya satu perasaan sahaja.
ana ni boleh dikatakan ratu tangisan juga la.(biasalah anak bongsu.hehe) ana tak menangis bila apa yang ana inginkan tak dapat dimiliki. namun benda yang paling buat ana sedih menangis sampai air mata pun rasa dah kering, bila dapat tahu orang tak suka kat ana. sedih sangat. ana cuba mencari kelemahan diri supaya dapat diperbaiki. kalau dah orang tak suka pasti ada yang tak kena. dengan berkat doa dan tawakkal alhamdullillah ALLAH itu maha mengasihani, ana cuba membetulkan apa yang salah dan segala selesai.ALLAH ada.
ada yang menangis bila kehilangan seseorang yang disayangi.(macam ana la..hehe) tapi kalau di fikirkan kembali, ALLAH mungkin lebih menyayangi orang yang pergi itu. kalau rasa kehilangan ayah, kita masih ada ibu. kalau kita kehilangan ibu, kita ada ahli keluarga. kalau kita kehilangan keluarga, kira masih ada kawan-kawan. jika kita hilang kawan-kawan, kita masih ade saudara seislam lain.jika di takdirkan manusia seluruh dunia ini pergi, kita masih ada sesuatau yang kita selalu lupa.sedangkan DIA senantiasa bersama kita saat kita sedih mahupun gembira. DIA tak akan tinggalkan kita walaupun sedetik.DIA lah ,kalau kita cintai, adalah cinta sejati dan hakiki.DIA lah yang seharusnya kita cintai melebihi orang orang yang kita sayangi di dunia ini. DIA lah ALLAH swt dan pesuruhnya rasulullah saw.jangan pernah rasa kehilanganNYA kerana DIA sentiasa akan ade bersama kita. mendengar segala aduan dan permohonan kita. menangislah di hadapanNYA.nescaya hatimu akan tenang. ade yang menangis kerana terasa doanya tidak dimakbulkan.jangan pernah bersedih demi itu.jangan pernah letih dan berputus asa untuk terus berdoa. percayalah dengan janjiNYA.ALLAH senantiasa memberi yang terbaik buat hambanya. cubalah renung nikmat gantian yang ALLAH kurniakan sebagai ganti sementara permintaan kita. mungkin ALLAH lambat menunaikan sesuatu doa kita untuk melihat setakat mana ketakwaan kita. mungkin ALLAH tidak memberi permintaan kita kerana nanti bila kita mendapatnya, kita akan riak,ujub dan takbur dia atas nikmat yang diberikan. maka ALLAH memberikan yang setimpal dengan diri kita. walaupun mungkin kita seLalu menangis dan bersedih, ingatlah, tangisan yang terbaik adalah untuk ALLAH.

as the conclusion,Berdoalah...jangan pernah putus asa...jika ALLAH memberi kegelapan dalam hari-hari kita,pasti ada cahaya yang amat terang bakal mendatang.jika tidak didunia, di akhirat kelak.syaratnya, sabarlah mengahadapi segalanya.laluilah segalanya dengan ketabahan dan ketakwaan.jika ditakdirkan kita jatuh sembilan kali, bangunlah untuk kesepuluh kali.jangan pernah berhenti.fataci's law state that "people who are stop will never win" Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya, Dia yang berhak menentukan pemilik hidayahNya.Berdoalah...jangan pernah rasa lelah untuk berdoa... Seluruh hati makhluk ini milik Allah, Dia yang berhak memberi cahaya kepada hati-hati hambaNya yang benar-benar ikhlas.kita akan dapat melihat dan merasai, kehebatan doa dan tawakal setelah kita berusaha dengan sehabis daya.. Percayalah...dan Yakinlah dengan Allah.

wallahu a'lam
(sebarang komen dan pembetulan amat dialukan.inshaALLAH kita sama kongsi ilmu)

Saturday, February 6, 2010

BAB 19: MERENUNG JAUH KE RIMBA DUNIAWI



salam..
salam perjuangan...

minda berputar-putar lagi hari ini..hati melonjak lonjak ingin memberi perkongsian di alam maya ini.walaupun diri sudah terasa teramat letih setelah melalui hari yang panjang hari ini.

tapi walau apa pun, ana akan mulakan perkongsian dengan apa yang ana lalui semalam dahulu. semalam hari jumaat, 5.2.2010, pagi-pagi lagi ana berjalan sendirian ke fakulti sains nuclear.sebenarnya nak pergi ambil telefon ana yang tertinggal kat bilik kuliah tu.hehe.alhamdulillah..syukur sangat, masih ada telefon tu.selepas itu, ana terus ke surau fakulti sains teknologi untuk sunat dhuha.lepas tu pergi makan kat kafe FST sorang sorang.selamber je.hehe.pastu pergi surau balik.dekat surau tu, terjumpa pula dengan kak lin dan syafinas.diorang pun datang untuk solat sunat dhuha.rasa sekejap sahaja masa berlalu, kami berpecah,tapi ana dengan kaklin terus ke program suai kenal di fssk. banyak juga ilmu dapat dipungut dari program tu. terhafal juga salah satu hadith yang panjang dan sukar untuk ana hafal.hehe.masa konklusi dari aktivity diberikan, kak sal bersuara. "kami dari fakulty yang bukan ada basic agama ,dari majlis majlis macam ini lah sahaja kami dapat pungut ilmu agama. dan ingat sahabat,setiap kali datang ke majlis begini dengan niat yang betul, ALLAH sediakan malaikat khusus untuk kita." tersentuh juga hati ana mendengar.

hari ini, hari sabtu, ana pergi kelas kokurikulum iaitu pengurusan masjid agak lewat .hehe. pastu, masa ustaz mengajar ana mengantuk. hehe.tapi kejap je, sebab masa ustaz cerita tentang neraka terus segar mata.ya ALLAH...gentar sangat.
dan sedih sangat bila rasullah s.a.w pengsan kerana sedih sangat bila jibril khabarkan lapisan ketujuh neraka adalah umat rasulullah. begitu sayangnya rasulullah kepada umatnya.tapi ana sedih sebab ana pun terfikir,apa yang telah ana lakukan untuk menunjukkan sayangnya ana kepada rasulullah selain berselawat?sirah rasulullah pun banyak lagi ana tak habis.ya ALLAH..sedihnya.
selepas habis kelas ana berbincang dengan ana punya group assignment pengurusan masjid,masjid mana yang akan kami pergi. konklusinya kami memilih masjid UM sebab masjid sekitar kajang dah banyak group lain dah ambil.selepas solat zohor dan memohon semoga ALLAH selamatkan perjalanan kami, kami meneruskan perjalanan ke UM.kami berhenti di hentian mid valley dan menunggu sepupu ana untuk mengambil kami disana kerana kami tidak pernah ke UM.itulah kali pertama ana menjejakkan kaki ke kawasan yang amat jauh dari ukm.ALLAH saja yang tahu "nervous" nya ana untuk kesana.sampai di hentian, ana ,tiah dan ain yang merupakan group ana menjelajah ke mid valley sementara menunggu sepupu ana di situ.masuk je kaki ana kesana,seperti berada di dunia yang amat berbeza.ana berjalan sambil memerhati gelagat manusia yang amat ramai di sana.ya ALLAH... kembalikan meraka ke pangkal jalan..kami duduk sahaja menunggu dalam mid valley tu sambi terus memerhati keadaan keliling.selang beberapa minit, sepupu ana pun sampai dan kami terus ke masjid ar rahman di UM.namun nasib tak menyebelahi kami,kami tidak dapat menemuduga tok imam di situ, namun kami sempat berjumpa dengan seorang makcik cleaner yang amat peramah.kami bertanya dengannya banyak soalan.

selepas solat maghrib kami terus balik.namun, ketika di menunggu bas untuk balik ke UKM, pemandu bas bagai melambat-lambatkan bas.sempat juga ana mengomel.namun semasa tunggu di dalam bas, ana perhatikan sahaja pakcik bas itu.menyesal pula mengomel tadi,ana tiba-tiba terfikir, adakah pakcik itu punya masalah yang perlu di selesaikan.mukanya nampak kusam dan dia cepat berkhayal.timbul pula rasa kesian . ya ALLAH, kau berilah ketenangan padanya jika dia bermasalah...semasa bercerita dengan ain dan tiah ana mengatakan apa pengajaran yang dapat diambil dari perjalanan yang panjang hari ini. ana terfikir kembali suasana mid valley.sukar digambarkan perasaan ana.sedih takut, hampa,kesihan...semua bercampur gaul. di situ baru dapat ana jelajahi rimba duniawi yang terlalu luas,bukan hanya tertumpu di ukm.teringat ana pada cerita atuk di sebelah kiri blog ini, iaitu memandang mulia. segala yang atuk ceritakan, ana perhatikan di mid valley.namun di dalam perbincangan iluvislam,terdapat khilaf yang mengatakan kita harus faham cerita atuk ini.tidak boleh memandang sama taraf antara orang soleh dan ahli maksiat. apa-apa pun,perjalanan hari ini membawa ana menjelajah jauh di pelusuk dunia yang tidak pernah ana jejak dan mengajar ana banyak mengenai erti kehidupan.ana telah memahami siapakah ana,kenapa ana berada disini ,dan apakah tugas ana dimuka bumi ini... semoga antum semua juga dapat mengambil pengajaran dari penceritaan ana.

hidup di dunia ini hanya sementara .ibarat pentas lakonan.sudah pasti kita ingin menjadi hero dan heroin nya.segala yang kita miliki milik ALLAH. segalanya hak ALLAH. ALLAH meminjamkan segala kelebihan yang kita ada.dan dari ALLAH kita datang ,dari ALLAH juga kita kembali. hanya ALLAH yang memberi petunjuk kepada yang siapa yang di kehendaki, dan jika tersesat, tiada siapa dapat membawanya ke jalan yang benar dengan tanpa izin ALLAH..

wassalam...