Friday, December 25, 2009

BAB 14: MAAF UYU BUAT MAK MENANGIS LAGI....


ketenangan yang ku miliki setelah mendapat petunjuk jalan yang benar amat membuat ku hilang sedih untuk dunia.aku menangis hanya kerana ALLAH.sedikit aku sepi bersama manusia.tapi aku masih tetap bergaul dan merapatkan ukhwah sesama insan.namun, satu tragedi terjadi lagi.saat minggu study week untuk exam sem1 di matrikulasi aku tidur di bilik jiranku kerana ade kawan yang satu kelas denganku.hari pertama dan kedua kami tidak tidur.tapi tiada apa yang berlaku.kami juga dapat bersahur dan puasa 6.alhamdulillah. pada hari ketiga kami berjaga, dan esoknya adalah hari ke terakhir kami puasa 6,aku makan dengan agak banyak dan berselera untuk sahur.aku tak rasa apa-apa pun.rasa sangat sihat.tapi malang tak berbau.pagi esoknya aku sakit perut.mereka menasihatkan aku untuk berbuka puasa.aku pun berbuka.namun aku telah pengsan .ramai juga warga blok dikatakan mengangkat aku ke kereta felo untuk di bawa ke hospital.aku dimasukkan di wad kecemasan.saat itu aku sudah menyedarkan diri tapi masih sangat lemah.doktor di situ kata nak memasukkan aku ke wad.tapi aku menjawab dengan sedih ''tapi doktor,saya nak periksa,lagi 3hari'' doktor menjawab ''baguslah kalau begitu.jawab saja exam dalam wad'' tersentakku dan amat sedih.mereka kemudian membawaku dengan kerusi roda ke wad.ketika aku dibawa ke wad,airmata ku tak berhenti-henti mencurah.sampai di wad, dua orang kawanku yang datang menemaniku datang.aku meminta mereka menghubungi kakakku yang aku sangka masih di kedah saat itu.aku mahu menyembunyikan semua ini dari mak.aku takut mak akan bersedih lagi.mula-mula, kakakku iaitu kakla ingat kawan ku itu aku.dan dia tak percaya.namun setelah bercakap serius,dia pun percaya.aku sudah tidak larat berkata-kata.tapi malangnya.kakla ada di rumah ketika itu dan mak pula ada di sebelahnya.akhirnya terbongkar juga berita ini kepada mak. kakla kata mak menangis tak berhenti meminta sesiapa untuk hantarnya ke kedah.dia tak tidur malam.kakla kata dia sedar mak tak tidur dan pada pukul 3pagi mak sudah ke masjid.selepas solat subuh mak pergi meminta bantuan kereta sewa dikampungku juga untuk ke kedah.mak sedikitpun tidak hiraukan bayaran yang mahal.pagi sebelum mak, kakla dan abang di serta pemandu kereta sewa bernama abang ame bertolak ke kedah menggunakan kereta abang di,kakla kata mak menangis lagi teresak-esak sebelum menaiki kereta.aku amat sedih mendengar mak menangis lagi kerana ku.
keadaan ku di hospital pula,aku bertanya kepada doktor apa penyakitku?dia berkata aku suspect appendix.dan belakang katilku dah tertulis ''SURGERY''. saat keluargaku sampai di wad, abe di dan kakla mendahului.mak yang ada di belakang. aku bersalam dengan kakla dan abe di.aku juga bersalam dengan mak,tapi aku langsung tidak memandang mukanya.aku cuba mengawal perasaan aku terlihat mata mak bergenang.aku tahu, kalau aku melihat wajah mak,aku akan menangis teresak-esak.maafkan uyu mak...uyu tak boleh pandang mak saat itu.uyu sayu...selama di situ, kakla menjaga ku semalaman dan menasihatiku untuk menjaga kesihatan serta menceritakan reaksi mak apabila mengetahui aku masuk wad.hari seterusnya, mak yang menemaniku.saat itu aku hanya berdoa dan memohon pada yang MAHA MENGASIHANI dua perkara.supaya aku dapat mengambil exam walaupun keputusan ku gagal dan agar aku tidak di bedah.dan alhamdulillah...ALLAH itu maha pemberi dan penyayang. aku dapat menduduki exam dengan baik.dan aku tidak mempunyai apppendix tapi cuma gastrik lalu pembedahan di batalkan.aku sempat mengambil peperiksaaan sem1 di wad sebanyak dua paper.selebihnya di rumah sakit kolej.alhamdulillah ya ALLAH... kau sentiasa ada bersamaku...segala puji bagi ALLAH...walaupun pointer aku tidak berapa elok namun aku tetap amat bersyukur kerana aku tidak gagal.ALLAH memberi yang terbaik untukku.ya ALLAH. terungkap syukur yang tak terhingga kepada MU ya ALLAH...Aku sangat mencintaiMU dan rasulullah..bawalah aku untuk terus mencintaimu selamanya...kau jagalah mak ya ALLAH..sesungguhnya dia jugalah yang selalu mendidikku untuk sentiasa mengingatimu..jangan Biarkan dia menangis lagi yaALLAH...mak maafkan uyu kerana buat mak menangis lagi...uyu sayang mak...

BAB 13: TITIK PERMULAANKU MENCARI CINTA ILAHI.....


selepas tamat kelas di KARISMA , kelas komputer dan kelas memandu, aku masih ada ruang cuti untuk menunggu keputusan untuk sambung belajar.keputusan SPM ku tidak terlalu elok.tapi tetap alhamdulillah aku bersyukur. aku sempat bekerja dengan abang zie ku untuk menjual jelly organik dan pokok -pokok hiasan.aku sangat seronok masa menjual.aku dapat melatih diri keyakinan semasa berkomukasi yang telah pelajari di KEX. kami mendapat keuntungan yang banyak,alhamdulillah.namun aku sempat bekerja hanya dua minggu. aku memeriksa keputusan untuk masuk ke matrikulasi melalui telefon abangku.pagi itu sebelum pergi ke kedai untuk menjual,abang zie telah mengkhabarkan bahawa aku mendapat tawaran sambung belajar ke MATRIKULASI KOLEJ MARA KULIM pengajian setahun.aku sangat terkejut dan bagai tak percaya. pilihan pertamaku adalah matrikulasi pahang kerana ada yang mengatakan susah untuk mendapat tempat di KULIM. tapi aku teringin untuk masuk ke KULIM. alhamdulillah ya ALLAH. kau sentiasa memberiku rezeki yang tak ku sangka-sangka.aku menjalani sesi pembelajaran di sana seperti biasa.suasana pembelajaran di sana agak tertekan.aku juga telah menyertai kelab tarian di sana.namun aku tak tahu kenapa,aku rasa sangat tenang bila berhampiran dengan surau.sebelum ni memang aku jarang ke surau.aktiviti ceramah yang diadakan menarikku ke sana. dan di situlah bermula hati ku terdetik untuk menuju cinta ilahi.aku masih ingat waktu solat maghrib di surau aku menangis di situ mengenang dosa-dosaku yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan.terimbas kembali saatku sakit dahulu.ALLAH sentiasa ada.namun aku tak pernah mengendah.aku hanya mencintai duniawi.dan bermula saat itulah aku berhenti dari kelab tarian di KULIM.aku mula mendekati surau.dan surau adalah rumahku yang pertama.aku hanya pulang ke bilik untuk tidur sahaja.aku dapat rasa ketenangan.aku dapat rasa airmata yang mengalir untuk ALLAH itu amat berbaloi.aku rasa semakin rapat dengan ALLAH.aku dapat rasa berbeza belajar kerana jihad di jalan ALLAH.saat itu ,hanya satu permintaanku.jika ALLAH ingin mengambil nyawaku,ambillah saat aku dalam keimanan.aku amat takut kerana takut tidak sempat untuk bertaubat.aku takut ya ALLAH.alhamdulillah...kau telah pilih untuk detikkan hatiku dan berjalan mengikut landasan lurus yang KAU cipta ya ALLAH..aku amat bersyukur kerna kau sedarkan aku sebelum terlambat.telah banyak dan terlalu lama aku menggunakan sisa hidupku untuk sesuatu yang sia-sia kerana tidak berniat kerana MU ya ALLAH...Ampunkan aku ya ALLAH.alhamdulillah kau sedarkan aku.aku akan terus mencari dan mendaki cintaMU ya ALLAH...alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillaH....

BAB 12: ACTIVITY SEMASA MENUNGGU SPM


almhamdulillah...aku telah tamat SPM .kini hanya menunggu keputusan dan aku redha. aku terlalu ingin untuk menyertai plkn..aku telah mengadakan perancangan sebelum SPM lagi activity yang akan aku lakukan jika aku tidak terpilih untuk plkn. setelah mendapat keputusan bahawa aku tidak terpilih untuk plkn,aku meminta izin mak untuk membuat rayuan .tapi mak tidak menggalakkanku kerana bimbang tentang kesihatanku.aku sudah jarang demam saat itu.tapi mak tetap bimbang.aku hanya redha.aku memulakan plan ke -2 ku .aku merancang untuk mengambil kelas komputer,kelas komunikasi Bahasa Inggeris, kelas memandu , tolong cikgu mengajar kawad kepada junior ,mengajar adik2 di rumah mahupun sekolah dan kursus perkawinan.perkara pertama yang ku daftar adalah kelas memandu.cikgu yang mengajarku memandu adalah wanita.dia sangat baik.sebelum ini aku pernah mengambil kelas tambahan peribadi bersama anaknya dan seorang lagi kawanku. sekali tu aku bercakap dengan cikgu memandu ku bahawa aku sekarang sedang mencari kelas komputer dan bahasa inggeris.dia mencadangkan aku untuk masuk ke PUSAT TUISYEN KARISMA untuk kelas komunikasi.dan kawan kakakku mencadangkan GREEN NET sebagai tempat kelas komputerku.aku mendaftar di KARISMA sebulan sebelum kelas bermula.namun aku terperanjat kerana hanya ada 6 lagi tempat kosong.pendaftaran di GREEN NET seperti biasa saja.aku dikatakan akan mendapat sijil dari UPM.sejak itu aku menjadi sangat sibuk .hari pertama aku di KARISMA, aku nampak pejabat daftarnya sangat kecil.namun aku kagum bila sampai di kelas,sangat selesa dan besar.di situ aku nampak cahaya terang yang bakal menerangi hidupku.pagi aku akan ke KARISMA, pukul 11pg aku bergegas ke GREEN NET dan petang ke kelas memandu.jika tiada kelas memandu, aku akan kesekolah untuk mengajar kawad kepada junior ranjer puteri.begitulah hari-hariku.namun yang paling menarik saat itu adalah KARISMA.aku gembira bila tercalon antara sepuluh pelajar terbaik program KARISMA ENGLISH EXPLORER .namun sayang aku terkandas sekerat jalan kerana masih ada yang lebih hebat.bukan rezeki ku.aku telah di lantik sebagai assistant high board of commitee program itu.selain itu aku telah mencipta lagu untuk program itu.dan lagu itu telah di terima dalam program itu.pemilik tempat tuisyen itu juga selaku guru kelasku meminta aku untuk menubuhkan satu team choir untuk menyanyikan lagu itu dan membuat persembahan pada majlis KEX CERTIFICATE CEREMONY yang diadakan di hotel RENAISSANCE kota bharu.aku bersetuju dan persembahan itu berjaya.alhamdulillah.program itu telah masuk di akhbar berita harian 18 mac 2008.aku tidak dapat mengambil kursus kahwin kerana aku bercadang ingin mengambil bersama aini dan kakla.tapi mereka sibuk.jadi aku menundanya.alhamdulillah aku lulus kelas memandu .aku juga telah menamatkan kelas komputer yang sepatutnya 2bulan dalam hanya 2minggu.buku yang mereka berikan telah ku khatam selama 2minggu.selebihnya aku hanya boleh bermain internet secara percuma di sana.cabaran yang ku hadapi kali ini adalah banjir.aku terpaksa berdikari sendiri menaiki motor untuk ke kelas.dan kerana banjir,aku terpaksa melalui jalan yang sangat jauh dan sunyi.saat itu,setipa hari mak kelihatan sangat bimbang.tapi alhamdulillah tiada ap-apa yang berlaku...alhamdulillah

BAB 11: AKU DI FITNAH..


pada sesi tingakatan 5 aku belajar seperti biasa dan memegang jawatan yang diamanahkan dengan baik.aku mula mempunyai sangat ramai kawan. guru-guru juga kelihatan menyayangiku. aku masih lagi menjaga prestasi sebagai pelajar terbaik walaupun sibuk dengan tugas yang diberikan.setiap kali perkhemahan aku mendapat pengiktirafan peserta terbaik mahupun kumpulan terbaik. kali ini aku menyertai satu lagi perkhemahan pada pertengahan tingkatan 5.namun perkhemahan ini adalah yang paling menyedihkan setakat ini dalam hidupku.sebelum bertolak kesana aku telah dilantik sebagai penghuluwati bagi menjaga pelajar wanita.facilitator dari luar telah diambil dan aku tidak kenal seorang pun dari mereka. sampai di kem itu aku dilantik pula untuk menjadi pengerusi setiap majlis yang diadakan.sebagai pengerusi majlis dan penghuluwati,aku perlu banyak bertanya kepada facilitator mengenai tugasku.namun, aku berasa pelik kerana setiap kali aku bertanya, mereka bagai tidak berapa menyukai ku.sepuluh patah ku bertanya, sepatah mereka menjawab.aku menjadi sangat hairan. pada saat aku siap mempengerusikan majlis,seorang faci mengambil alih majlis itu.aku duduk dan memandang semua faci lantas berfikir,apakah salah yang telah kulakukan ?sedangkan selama ini aku tidak pernah mengenali mereka dan mereka pun tidak mengenaliku.kenapa mereka kelihatan membenciku.?akhirnya aku bertanya kawan yang duduk di sebelahku.''kenapa semua faci macam tak suka kakten jer..?kakten ada buat salah ke?'' aku pelik kerana mereka melayan peserta lain dengan sangat ramah sekali.selepas itu rakan yang duduk di sebelahku menjawab''memang mereka semua tak suka kten.mereka bercakap-cakap pasal kakten semalam''....saat itu ALLAH saja yang tahu perasaan ku yang tersentak mendengar berita itu.selepas habis majlis dan bersurai untuk makan aku menemui dua orang dari faci tersebut untuk dia diajak berbincang. lalu aku berdialog ''saya dengar ada orang tak sukakan saya.jadi,saya nak letak segala jawatan yang saya ada dalam kem ni.kalau saya balik ke sekolah nanti, saya akan letak segala jawatan saya di sekolah.'' muka faci tu selamber jer.dia menjawab''nanti nak tanya cikgu'' umpama amat bersetuju dengan perletakan jawatan ku.aku tak dapat menahan sebak.aku berlalu pergi dari mereka dan menitiskan airmata supaya mereka tidak melihat aku menangis.aku pening memikirkan apa silapku.selang beberapa minit mereka menemuiku dan berkata ''cikgu tak bagi awak letak jawatan'' dan berlalu pergi.selama menghabiskan kem 4hari itu aku amat tertekan dan sedih. namun aku tetap melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.aku telah mendapat hadiah peserta terbaik wannita dalam kem itu.namun,sedikitpun aku tidak gembira kerana masih ada yang belum selesai.selang seminggu kem itu berakhir,aku cuba mendapatkan nombor telefon salah seorang faci itu.aku lantas menelefon dan bertanya ''maafla..tapi saya ada dengar khabar semua faci kem tu tak suka saya,saya cuma nak tahu apa salah yang saya lakukan'' faci itu menjawab ''awak penolong ketua pengawas kat sekolah kan?'' aku mengiyakan dan dia menyambung ayatnya .''saya dengar ramai orang tak puas hati dengan awak''.aku tersentak mendengar kata-katanya.maksudnya rakan-rakan sekolah yang tidak menyukai ku.aku jadi semakin pening.apa salahku?adakah mengenai pangkat?siapa yang tidak suka padaku? aku bertanya kepada faci itu siapa yang bercerita buruk tentang aku itu dan aku berjanji tidak akan marah kalau dia memberitahu.namun setelah hampir seminggu barulah faci itu memesage ku dan memberitahu ''saya dapat tahu awak telah difitnah oleh dua orang kawan baik awak.biar saya saja yang tahu sapa orang itu'' dan faci itu meminta maaf kepadaKu kerana percaya kata-kata dusta dua orang itu.kejutan yang amat menyedihkan bagiku.aku tidak tahu dan tidak dapat meneka siapakah yang membuat mulut tentang diriku.keesokan harinya aku pergi kesekolah dengan hati yang sangat berat dan pedih.semalam aku menangis dan menceritakan segalanya kepada mak.mak menasihatkan aku banyak bersabar dan banyak membaca yasin serta memohon pertolongan ALLAH.aku tekad lagi, aku pergi bertemu cikgu disiplin dan meminta untuk meletak jawatan sebagai penolong ketua pengawas.cikgu melarang ku berbuat demikian dan bertanya tentang sebab aku meletak jawatan. aku memberitahu bahawa aku mendapat tahu ada orang tidak menyukai ku.dan aku rasa perkara ini adalah di sebabkan jawatan.cikgu disiplin terus membuat mesyuarat bersama pengawas-pengawas lain dan menasihati mereka semua supaya tidak bercakap buruk tentang orang lain dan menjaga prestasi pengawas di sekolah.setelah itu,ketua pengawas pun turun padang dan menasihatkan meraka serta membela diriku yang teraniaya.dua minggu juga aku bersedih dan menangis di pangkuan mak setiap hari dan membaca yasin setiap hari untuk menenangkan jiwa.abangku mengajak aku untuk ke pahang dan bersekolah disana.aku sememangnya bersetuju untuk bertukar sekolah,namun setelah berfikir panjang,perancangan itu tidak jadi kerana tinggal beberapa bulan lagi aku akan menghadapi peperiksaan SPM.aku teruskan bersekolah,namun setelah peristiwa itu, aku mendapat semakin ramai kawan .dan guru -guru semakin menyayangiku.aku tetap bangun dan berusaha belajar serta mendapat markah 96 dalam mathematik tambahan.aku juga di calonkan pelajar terbaik dalam peperiksaan percubaan SPM di sekolah. alhamdulillah.....

(never do i argue with a man with desire to hear him say what is wrong, or to expose him and win victory over him.whenever i face an opponent in debate i silently pray- ''o ALLAH,help him so that truth may flow from his heart and on his tongue.and so that if truth is on my side,he may follow me;and if truth be on his side, i may follow him''.............imam al-shafi'i)

BAB 10: ANJAKAN PARADIGMA...


hari-hari persekolahan tingkatan tiga ku lalui dengan tabah. alhamdulillah, aku mendapat 5A 3B dalam peperiksaan PMR.Aku sedikit kecewa kerana tidak mendapat 8A.namun, aku sudah cukup bersyukur kerana aku tidak merosakkan prestasi sekolah itu. ummi iaitu pengetuaku amat gembira saat itu.aku sangat bahagia melihat dia gembira.sekurang-kurangnya terbalas jasanya.mak sangat gembira melihat keputusanku.itu sudah cukup bagiku. namun, masih ada sesuatu yang belum ku tepati.aku amat pendiam dalam kelas.aku masih lagi kurang bergaul dan mempunyai kurang kawan.pada akhir tahun 2005 aku bertekad pada diri lagi.aku tekad, mulai tahun 2006 aku akan menjadi seorang yang peramah dan mampu bercakap seperti orang lain. dan aku cuba menepatinya. apabila mula sesi persekolahan 2006,iaitu tingkatan 4 bagiku, aku pergi berjumpa dengan guru disiplin sekolahku. aku aku memberitahunya bahawa aku ingin menjadi pengawas. setelah itu aku di lantik sebagai pengawas.dan mulai saat itu aku mula pandai bergaul dengan semua orang.aku menjalankan tanggungjawabku sesempurna mungkin.ketegasan dalam menjalankan tugas menarik semua cikgu, pengawas , dan pengetua untuk melantikku menjadi penolong ketua pengawas pada tahun 2007.alhamdulillah. aku juga dilantik untuk memegang pelbagai jawatan di sekolah pada tahun 2006.aku menyambung jawatan yang di sandang pada tingkatan 5 iaitu sebagai penolong ketua pengawas,penolong ketua editor majalah sekolah,pengerusi kelab matematik, naib pengerusi ranjer puteri ,ajk tingkatan 5 buku teks sekolah dan pelbagai jawatan ketika melakukan lawatan mahupun perkhemahan. aku juga mula aktif menyertai pelbagai pertandingan dan memenangi pelbagai hadiah. seperti juara hafazan sekolah, tempat keempat futsal rakan muda peringkat daerah,syarahan agama, tadarus AL-QURAN,juara pertandingan sajak dan syair. aku juga tercalon pelajar terbaik sekolah.alhamdulillah.......alhamdulillah........alhamdulillah.....
ya ALLAH, terlalu banyak yang kau berikan.namun terlalu kurang aku bersyukur saat itu...ampunkan aku ya ALLAH..

BAB 9: DUGAAN PERTAMA BERMULA PERSEKOLAHAN

pada tahun 2005 , salah seorang abangku dan mak juga aku pergi untuk berjumpa guru besar.aku akan kembali memulakan persekolahan.namun, pengetua yang ku panggil ummi tiada.ada seorang yang berbincang dengan kami.namun cikgu itu berkata ''boleh ke sekolah?kan sakit balik kan...''. aku tidak sedikit pun terasa.tetapi rona muka mak dan abangku kelihatan tersentak mendengar kata-kata cikgu itu.namun mak dan abangku tetap bertutur sopan dengan cikgu itu.satu konflik yang berlaku .cikgu itu ingin meletakkan ku di kelas yang paling bawah kerana aku tidak belajar selama 3tahun,bagaimana aku ingin menghadapi peperiksaan PMR.cikgu itu juga tidak mahu aku memburukkan prestasi kelas 3A1 iaitu kelas nombor satu di sekolas itu.tetapi, pendapat cikgu itu bercanggah dengan pengetua.pengetua mahu memasukkan aku di kelas 3A1...akhirnya kami hanya kembali pulang dan menanti keputusan kelas yang mereka akan bincangkan. pada hari pertama sesi persekolahan, mak datang untuk menghantarku.kami sama-sama pergi ke pejabat untuk menentukan kelasku.kami berjumpa dengan cikgu tadi dan dia berkata pegetua letakkan aku di kelas 3A1.aku amat gembira.namun hanya sebentar bila melihat mak ku ingin bersalam dengan guru itu.,tetapi dia menyambut dengan malas,masam dan sedikitpun tidak memandang wajah ibuku lalu pergi begitu saja.ibu nampak agak tersentak.aku bagaikan ingin saja mengalirkan airmata disitu melihat ibuku diperlakukan sebegitu...mak...uyu akan buktikan uyu boleh mak...inshaALLAH..kerana uyu sayang mak...mak jangan sedih..uyu sayang mak...

(semoga ALLAH memberi petunjuk kepada diriku dan guruku...tanpa guru siapalah aku..)

Thursday, December 24, 2009

BAB 8: WUJUDKAH ABANG NAZRI???


setiap hari yang kulalui, tanpa ayah,keluarga sentiasa ada menyokongku.
abang-abang dan kakak ader yang mengambil cuti kerja untuk menjenguk dan menjaga ku.aku bersyukur ya ALLAH..kau kurniakan aku keluarga yang penyayang.tapi ada satu benda yang masih lapuk dan kekal dalam hatiku .itulah dunia khayalanku.abang nazri masih lagi senantiasa mengekoriku.pada suatu malam, aku bermimpi mak memanggil seseorang.rupanya mak memanggil dan menyebut nama abang nazri!aku mencari di mana abang nazri. namun yang menyahut dan pergi kepada mak bukannya abang nazri, tetapi abang yie.nama benar abang yie adalah fakri.namun selepas tersedar, aku masih mencari di mana abang nazri.selang lbh kurang seminggu selepas itu, ada surat yang samapai ke rumah.paling mengejutkan surat itu dihantar kepada''NAZRI BIN ABDULLAH''.itulah nama penuh abang nazri!!!...namun setelah di kenal pasti rupanya itu adalah surat abang yie.aku tak tahu apa yang telah terjadi.adakah abang nazri benar-benar wujud??namun,telah ambil tindakan sewajarnya. aku nekad akan melupakan dunia khayalanku sepenuhnya.kerana dunia khayalan ini lah yang menyebabkan aku alpa dengan dunia.aku tekad dan aku mencapai gambar abang nazri yang aku lukis.dan aku membakar gambar itu.kutingglakan secebis.untuk kenangan.selamat tinggal nazri dan semua kawan-kawan khayalan yang lain....



(gambar diatas adalah gambar abang faris,sebelum abang nazri.aku pun tidak mengingati bila gambar itu di lukis.selepas atau sebelum sakit)

BAB 7:SAAT KU BANGKIT DARI LENA...


mulai hari ayah telah meninggal dunia,aku sedikit demi sedikit cuba menerima kenyataan yang telah tertulis.semoga ayah ditempatkan di tempat dimana kekasih-kekasih ALLAH berada...masih ku igt segala pengobanan ayah .berikhtiar sedaya mampu untuk menyembuhkan aku.ayahlah juga yang senantiasa berusaha menghantar ku kesekolah.dan menunggu sehinggalah aku meminta untuk pulang kerana tidak larat.masih aku igt seminggu sebelum ayah masuk meninggal,ayah masih aktif bercucuk tanam di tepi rumah..mak pergi mengaji masa tu.ayah letakkan dulang dan kayu tepi tempat tidurku.ayah menyuruh aku untuk mengetuk kayu pada dulang jika ingin ke tandas.kerana saat itu aku sudah tidak larat berkata-kata pun.kenangan kasih sayang inilah yang memimpinku untuk senantiasa mendoakannya bahagia di sana..selepas lebih kurang dua minggu ayah kembali kerahmatullah,aku mak dan kakakku aini mengalami suatu peristiwa yang pelik.
dalam lingkungan pukul 12 malam,kami di kejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik yang kuat.
ketukan tu tak berhenti-henti.mak melaung''siapa tu???'' kami takut nak buka pintu bilik.mak ingatkan abang yie.abang kandungku.dia menjerit memanggil abang yie...terdengar abang yie turun dari tangga dan ketukan itu pun berhenti.mak menjerit dari dalam bilik supaya abang pergi memeriksa.tapi tiada apa-apa.malam itu kebanyakan ahli keluarga kami berkumpul sambil memegang parang untuk berjaga-jaga.mak memeriksa pintu kedai rumahku dan menjerit memanggil abang-abang ku.rupanya pintu kedai itu tak berkunci.kami mula terfikir kerana selama ini ayahlah yang selalu menjaga kami dan mengunci semua pintu rumah sebelum masuk tidur.termasuk pintu kedai.ayah memang seorang yang sangat protective.selepas peristiwa malam itu, aini, kakakku bertanya padaku,''kalau yang ketuk pintu itu arwah ayah,uyu akan peluk dia atau lari??''...sampai kini soalan itu masih blum terjawab.kerana aku terlalu ingin untuk memeluk ayah.namun,adakah itu benar-benar ayah???tidak terjawab.......

Tuesday, November 3, 2009

BAB 6: SENTAKAN YANG MENYEDARKANKU



aku di tempatkan di sebuah bilik televisyen rumahku.ramai orang yang datang.semuanya berwajah sedih dan lesu.mata menunjukkan mereka baru lepas menangis.tapi aku???aku sedikit pun tidak menangis.kenapa?kerana aku sendiri tak tahu.kakakku duduk di kerusi malas tempat ayah selalu duduk.merenung kearahku.aku dapat mengagak dia begitu marah kepadaku.kakakku tak dapat bersama ayah di saat ayah menghembuskan nafas terakhir.dia terpaksa menjaga aku yang terlantar.dari apa yang aku dengar ,ayah meninggal kerana sakit jantung.tapi aku tidak sedikitpun percaya.aku hanya bisu merenung siling tanpa perasaan.
selang sejam lebih, mak datang mengangkatku.aku berjalan layu dan lesu sambil mak memegangku berhati-hati.aku perasan hidung mak sudah merah.dia membawa aku keluar.keadaan begitu suram dan kelam.ramai sangat orang tapi suram.semua orang memandangku.aku hanya membalas pandang tawar.mak membawaku mendekati sekujur badan yang tidur berbalut kain putih.mak menyuruh aku mengucup wajah sekujur badan itu.aku merenung wajah itu dalam percaya atau tidak.aku hanya mengucup wajah itu.tenang sahaja wajahnya umpama tidur dalam sennyuman.aku kenal benar wajah itu.tapi aku masih tidak percaya.mungkin ayah tidur fikirku.aku sedikitpun tidak menangis.aku di bawa kembali ke tilam.
tiba-tiba ada seorang dari saudaraku berkata"ayah dah takde,nak suruh mak pulak ke takde??"...tersentak aku dengan kata-kata itu.selepas itu,semua orang keluar dari bilik itu dan meninggal kan aku kesorangan.saat itu,barulah air mataku berlinang....benakku mula berputar dan berfikir.aku bagai tiba-tiba disentak.hatiku menjerit dan bertanya-tanya pada diri sendiri."apakah yang telah terjadi pada diriku???kenapa aku begini?kenapa aku terlantar begini?kenapa aku selemah ni?aku tak boleh kehilangan mak.YA ALLAH apa dah jadi?mana ayah?siapa tadi?mana ayah pergi?bingung!!!aku bingung!!!"aku menangis sepuas hati ku.kali ni tiada siapa lagi yang dapat memujukku.aku terlalu sedih.bahkan abang nazri ku tolak jauh..."ya ALLAH sedarkan aku ya ALLAH..apa yang dah jadi padaku ya ALLAH??tolonglah ya ALLAH..tuntunkan aku kembali ke jalan-MU ya ALLAH...."...tersedulah aku sendirian dan ayah tak mungkin kembali lagi...tak mungkin!!!!!salah aku!!...salah aku kah?ampunkan aku ya ALLAH...:( :( ....ayah...uyu sayangkan ayah...jangan tinggalkan uyu ayah...jangan...

BAB 5 : AKU TAK PERCAYA


22.julai.2005....pagi itu aku bangun tidur seperti biasa.tapi pagi ini entah mengapa rumah terasa terlalu sunyi..ayah sekarang sudah masuk 2 hari di masukkan dalam wad.sebelum ni ayah sihat sahaja.tp sejak seminggu ni dia nampak agak lesu.tapi, aktiviti hariannya tetap diteruskan sebelum dia masuk wad.dia selalu bercucuk tanam dan menebas semak kebun tepi rumah.kerja ini dilakukan hari demi hari semenjak ayah menutup kedai pakaian di bhazar.kata ayah ,dia sudah letih untuk berniaga.sekarang dia ingin rehat.sudah genap dua bulan ayah menyelesaikan urusan untuk menutup kedai.namun sejak seminggu ni ayah nampak sangat tak sihat.abang yang cadangkan supaya bawa ayah ke klinik swasta 24 jam.dan ayah seterusnya di masukkan kedalam wad.hari ini adalah hari kedua ayah di klinik itu.semalam aku dan kakak telefon ayah cakap bahawa aku sudah makan supaya ayah tak risaukan aku.

ring!!!ring!!ring!!...pukul 9pg,tiba-tiba telefon rumahku berdering.kakak ku mengangkat telefon itu.selang seminit dia terdiam,hanya mendengar orang di talian mengungkap kata.mukanya tiba-tiba bertukar merah.air matanya terus mengalir.dia memandang kearah ku.aku bagai dapat mengagak apa yang terjadi.namun aku takut untuk meneka.sukar untuk aku mengerti pandangan yang di lemparkan kepada aku itu.sedih bercampur kesal bercampur marah.sekejap dia merenung dan berkata, "ayah dah tiada" dan dia terus keluar.tinggal aku tanpa perasaan masih terlatar di tilam tanpa dapat aku bangun.aku sedikit pun tidak menangis.jujurnya saat itu aku langsung tidak percaya kata-kata kakakku.selang sejam,abangku datang lalu mengangkatku untuk berpindah tempat baring kerana di situ akan diletakkan mayat ayah.wajah abangku begitu tenang .berbeza dengan kakakku.

BAB 4: DUIT SYILING RM1


HARI-HARIKU masih berjalan seperti biasa..bantal dan tilam menjadi teman setia.abang nazri pula sentiasa memberiku secebis inspirasi untuk berkarya.pelbagai cerita bermain di benak fikiranku.namun tanganku sudah tidak berdaya untuk menulis lagi.lemah..aku sudah terlalu lemah.berat ku sudah turun lebih 15kg.setiap kali buat pemeriksaan di hospital,beratku semakin menurun.keadaan kesihatanku tiada menunjukkan aku akan sembuh.pelbagai penyakit yang di titlekan oleh doktor kepadaku..paru-paru ade kuman,penyakit menjurus kepada buah pinggang,meddu(muntah,tak boleh masuk makanan dalam perut) dan pelbaagi lagi.puas merantau ke pusat-pusat rawatan yang berdekatan,mak dan ayah membawa ku ke pusat rawatan luar negeri pula.puas berubat perubatan moden, doktor mengesyorkan kami berkunjung ke rawatan tardisional pula.begitulah hari-hari bagi mak dan ayah.berikhtiar untuk menyembuhkan ku.aku??aku hanya mengikut sahaja .diriku umpama mayat hidup.aku tak berkata-kata.aku tidak makan walaupun minum seteguk air.hanya mataku yang berkedip-kedip tanpa perasaan.sukar untuk aku gambarkan perasaan aku pasa waktu itu.puas berubat tradisional, ayah kembali membawaku berjumpa doktor lain.kali ini agak lain kesnya.doktor itu menganggap aku memerlukan suasana yang ceria.oleh itu,dia memberi cadangan supaya ayahku membeli sebuah tabung.hari-hari,jika aku berjaya duduk di dalam kelas walaupun sekejap,mak akan masukkan duit syiling rm1 kedalam tabung.bagi doktor itu aku akan gembira dengan bunyi duit syiling yang banyak dalam tabung dan baginya juga aku kan gembira melihat suasana kawan -kawan yang ceria.namun, selepas beberapa hari, tiada apa perubahan yang berlaku. aku tetap sama.malahan terpaksa berkejar ke hospital pula kerana demam lagi...jika begini hidupku,duit RM1 tiada berguna lagi...

Sunday, October 18, 2009

BAB 3 : MENGAPA CUCUKU

hari ini demam aku semakin teruk.tiada tanda yang menunjukkan aku akan sembuh dari demam setakat ini.sudah 3 hari berturut-turut demam tidak kebah.aku dengar ayah dan mak berbincang untuk membawaku ke klinik 24 jam untuk di masukkan ke dalam wad..selepas aku di masukkan ke dalam wad itu aku di tahan selama 2minggu di dalam wad...pulangnya aku ke rumah ,aku sembuh dari demam tapi tidak sepenuhnya..semiggu selepas itu, aku di masukkan ke dalam wad lagi.begitulah seterusnya nya, sehingga aku tidak berdaya untuk berjalan lagi.teman harianku hanya bantal dan tilam.setelah setahun aku terlentang..hari demi hari memang ada saja yang mengunjungiku..mak tidak pernah hilang dari sisiku..sentiasa ada untuk menjaga dan memberi setiap apa yang aku minta..satu hari,,,mak aji iaitu nenekku datang untuk mengunjungiku.dia menangis dan berkata "mengapakah dalam ramai-ramai cucuku yang terpilih untuk menghadapi dugaanmu ini ya ALLAH...sembuhkan lah dia ya ALLAH..aku mohon ya ALLAH''teringat kembali peristiwa itu memang aku rasa sedih..tapi yang pasti ketika itu aku tidak sedikit pun sedih apalagi rasa sedih.aku hanya memandang kosong nenekku yang teresak-esak menangis.aku pun tidak tahu mengapakah begitu lagakku.dan aku juga tidak tahu apakah yang aku fikirkan.

(nenek ku yang ku panggil mak aji telah kembali kerahmatullah pada jun 2009)

Sunday, September 13, 2009

BAB 2: BERLAGU DALAM SEPI

ujian penilaian sekolah rendah ,UPSR telah pun berlalu..alhamdulillah...aku begitu berharap mendapat 5A..walaupun aku selalu dicalonkan sebagai pelajar yang selalu sakit,tetapi aku juga tercalon sebagai salah seorang dari sepuluh pelajar terbaik di sekolah terutama dalam subject matematik iaitu subject kegemaran aku.rutin aku masih berjalan seperti biasa..bersama-sama dengan abang nazri setiap masa..rajukku jika tiada yang memujuk,namun aku ada abang nazri sebagai pemujuk dukaku..
walaupun,UPSR telahpun berlalu ,namun persekolahan masih berjalan seperti biasa..pelajar digalakkan datang kesekolah untuk melakukan aktiviti lain.ramai mereka yang memilih untuk bersukan.ada juga yang lebih selesa mengbuang masa berbual kosong atau bermain, bergurau senda.namun, aku lebih suka untuk menyendiri bersama abang nazri dan sebuah buku cerita rekaanku yang senantiasa aku bawa kemana-mana sahaja.aku selalu mencari bangku yang jauh dari orang lain dan duduk menyendiri di situ.tugasku,membuka buku dan menyambung skrip cerita rekaanku waktu itu bertajuk CINTA BERPANJANGAN.jika aku sudah kekeringan idea untuk menulis,aku akan membuka buku fesyen-fesyen rekaan ku sendiri dan menarikan pena melukis fesyen baju yang bermain difikiranku.aku tidak pernah peduli apa yang orang fikir tentang diriku.dan orang lain pun tidak pernah mempedulikan aku.aku gembira hanyut dalam duniaku..
pada satu hari yang agak malang bagiku,sedang enak aku menghayati dan mengarang dialog ceritaku tiba-tiba cikgu sains kelasku memanggil semua pelajar 6biru berkumpul di padang..argh!!..aku paling benci untuk ke padang.satu tempat yang asing bagiku.cikgu mengarahkan pelajar perempuan untuk membentuk dua kumpulan bagi berlawan bola jaring. aku masuk sahaja kumpulan mana-mana pun..yang pasti aku takkan bergerak aktif .aku berniat untuk menjadi peramai sahaja.namun malang senantiasa menyebelahiku..semua ahli yang aku masuk berubah arah masuk ke kumpulan yang satu lagi bila aku menyertai kumpulan mereka.tetapi nasib aku baikla sikit sebab masih ada seorang kawan yang masih setia bersamaku namanya tak pernah aku lupa.syafizan...rakan yang agak pendiam sepertiku.mungkin dia menyebelahiku kerana kesian.nah...sekarang bayangkan bagaimana kumpulan yang lebih sepuluh orang lawan dua orang??hmmm...agak mustahil.tapi aku tekad untuk teruskan permainan walaupun aku sedar kemenangan kan berpihak kepada siapa.syafizan hanya bermain sekejap dan terus mengaku kalah.aku tetap menghargai pertolongannya..namun tekadku tetap dalam hati dan abang ada untuk menyokongku terus berlawan walaupun seorang diri.kalau difikirkan balik memang agak dungu la juga.tapi semangat aku pada masa itu sangat kuat.aku teruskan berlawan dengan gerombolan pasukan yang ramai itu.berpuluh-puluh gol juga mereka jaringkan.nampak bangga je.tapi yang pasti aku juga berjaya menjaringkan gol.itupun setelah beberapa kali diberi peluang oleh mereka.tapi kira beruntunglah juga.
masa nak simpan palang,kawan seorang tu terjatuhkan palang kena belakang bahu aku.sakit bangat.tapi dia tak minta maaf pun.cuma senyum dan pergi.orang lain cuma tengok je kejadian tu.fuh...sabar je.aku pergi tempat yang tersorok sikit ,pastu menangis puas-puas.mujurlah ade abang nazri pengubat hati lara yang datang memujuk. menagislah aku tak berlagu.tiada siapa pu yang tahu..hanya abang nazri.aku sayang abang nazri..

seminggu selepas itu,akumengikuti program lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah..ke langkawi dan p.pinang..aku dah agak ape akan berlaku..masa di makam mahsuri aku tersesat seorang diri.tp nasib masih menyebelahi diriku..aku terserempak dengan salah seorang cikguku.lantas aku hanya mengikuti langkahnya dari jauh.di pantai yang indah permai,aku berjalan-jalan dengan abang nazri.cikgu memanggilku untuk mengambil gambar bersama-sama.aku menolak.aku lebih seronok dengan dunia ku sendiri...biarlah aku hanyut..berlagu dalam sepi...

blo

BAB 1: JANGAN PEDULIKAN AKU!!

salam...

fuh...badan ku terasa sangat lesu setelah menghabiskan rutin harian aku hari ini yang teramatlah padat..pada bulan puasa yang mulia ini,aku terpaksa berlari dari satu fakulti ke faakulti yang lain untuk ke kelas..sangat penat.tapi entah kenapa,aku rasa sangat berbaloi.mungkin kerana setiap perkara yang aku lalkukan adalah dengan keyakinan bahawa segalanya adalah kerana ALLAH..
sambil baring mataku berkedip kedip mengikut irama yang layu.setelah selesai mulutku terkumat kamit mengalunkan bacaan doa tidur,istighfar ,tiga kul, dan mengucap dua kalima shahadah mataku terus mencerun ke arah syiling yang kosong,sekosong hatiku.terimbau kembali segala apa yang telah ku lakukan sehari suntuk .tekadku didalam hati,semoga esoknya inshaallah aku akan lakukan dengan lebih baik..mataku masih terkedip-kedip merenung syiling yang tak bersalah.tiba-tiba sahaja hatiku terusik dan teringat saat aku di sekolah rendah dulu...


OoooooooooooooooooooooooooooooooooO

pagi itu aku bangun seperti biasa pada jam 5.00 pagi.setiap hari persekolahan aku memang bangun awal..tetapi,aku kesekolah tidaklah awal sangat.setiap hari aku memang mengambil masa lebih sejam setengah untuk bersiap kesekolah.aku ni bukan lah yang jenis suka bermake up.nak kata ulang kaji dulu sebelum kesekolah pun bukan.tapi sesuatu yang tidak diketahui semua orang disekelilingku mahupun mak dan ayahku adalah aku menghabiskan masa bersama kawan-kawan khayalanku.masa ku dihabiskan dalam bilik mandi dan di hadapan cermin.mereka tak bisa melihat apa yang aku lihat,mereka tidak dengar apa yang aku dengar,dan mereka tidak dapat sentuh apa yang aku sentuh.aku bahagia berada dalam dunia aku sendiri.rakan khayalanku selalu bertukar-tukar dan senantiasa ada penggantinya.rakan khayalan ku bernama abang azman adalah rakan ku yang pertama.dia seorang yang agak pendiam.aku memang kurang bergaul dengannya.tapi yang pasti, dia senantiasa ada disisi.selepas dalam lebih kurang setahun selepas itu abang azman pun pergi meninggalkan aku dan dan datanglah ahli yang lain..begitulah selalunya rakan khayalanku selalu bertukar.namun tiada seorang pun yang tahu kerna aku tidak pernah membuka mulutku bercerita kepada orang lain.

kini aku sudahpun darjah enam.aku agak gembira kerana dapat masuk kelas nombor satu dalam kelas DARJAH ENAM iaitu kelas enam biru.tetapi yang tidak menyeronokkan adalah aku selalu demam.dalam seminggu persekolahan,pasti ade sahaja hari yang aku tidak datang.buku kehadiran cikgu kelas aku penuh dengan surat doktor dari aku.cikgu sendiri yang menunjukkan surat-surat itu pada aku.tapi yang pasti pada masa itu ,rakan khayalan aku adalah abang nazri.dia adalah rakan ku yang paling setia dan baik.dia sangat caring.aku masih ingat wajahnya yang putih ,tinggi,tapi dia agak kurus..sebenarnya terlalu kurus.tetapi apapun,aku sangat suka sikapnya.sepanjang perjalanan hari-hari pada tahun itu,aku sangat gembira..gembira dengan dunia aku sendiri,tanpa teman dan kawan dari dunia ku yang nyata.apabila makan,orang sangka aku makan seorang diri ditempat yang nun jauh tiada orang.tapi semua orang tidak tahu bahawa aku ada abang nazri yang sentiasa mengiringiku ,makan bersamaku,bergelak tawa denganku.aku tidak pernah rasa bosan dengan hidupku.aku bukan seorang diri...jangan korang masuk hal aku..jangan pernah ambil kisah tentang diriku..JANGAN PEDULIKAN AKU!!

to be continue...


Monday, August 31, 2009

1 sept 2009, selasa..

merdeka! merdeka! merdeka!


merdekakah aku??atau masih masih aku dalam kepompong kejahilan...kepompong kealpaan...kepompong kesunyian...seperti dahulu...kembali seperti dahulu...aku sunyi tanpa cinta dan ingatan pada ilahi..


hari ini...dan di saat ini...aku menangis lagi..menangis tak bertepi..sepintas ku ter-imbau saat lalu yang layaknya buat ku alpa...lalai...lagha..lupa!!

Monday, August 24, 2009

24 august 2009..3 ramadhan isnin

salam....
hari ini ana lalui dengan penuh pancaroba..dugaan yang disediakan ilahi untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan ana..pagi ini seperti hari biasa, ana pergi ke pustaka pada pukul 9.30pg.kelas ana hari ini bermula pada pukul 1ptg.kelas kimia am.sperti hari biasa juga ana bersama seorang rakan perempuan non muslim.hari ini ana perhatikan dia memakai loket berlian salut perak melambangkan agamanya, kristian.hari berjalan seperti biasa..tiada yang kekok.selepas kelas kimia am, sementara menuggu kelas satu lagi yang bermula pada pukul lima,ana sempat membuat sedikit usrah dan tazkirah berdasarkan sumber kertas yang di beri dengan rakan ana..yang satu course dengan ana.alhamdulillah.namun, pabila tiba kelas ana yang bermula pukul 5 ptg,lecturer ana mengajar sperti biasa.dalam kelas itu, lecturer itu menyentuh tentang sahur.beliau menyatakan bahawa sesiapa yang bersahur pukul dua tiga pagi lebih elok tak usah berpuasa.hanya menyiksa diri.

ana faham apa yang ingin disampaikan lecturer itu,dia menasihatkan pelajar supaya bersahur pukul 5pg sampai rapat2 subuh.sebab itu lebih baik dan lebih afdal..namun dalam masa yang sama non muslim lelaki yang duduk disebelah ana bertanya tentang sahur.apakah sahur?begitu juga dengan kawan no muslim yang juga duduk ana.oh....ana diserbu soalan.ana dengan tenang cuba meyakinkan dan menerangkan kepada mereka apakah itu sahur.bagaimana sahur di amalkan.ana tak tahulah mereka faham atau tidak.tapi mereka mengangguk je.

habis sahaja kelas itu,ana berjalan dengan kawan perempuan non muslim tadi untuk membeli makanan di sebuah kolej berdekatan sebelum pulang ke kolej ana kerana pilihan makanan di sana lebih banyak dan lebih murah.dalam perjalanan itu tiba2 seekor anjing berwarna hitam ,besar datang berjalan kearah kami ..sangat rapat.apa lagi, ana pegang r non muslim sebelah ana tanda ana ketakutan.non muslim tu slumber je.sehinggalah anjing itu berjalan melepasi kami.fuh...takut juga.tiba2 kawan ana tu tanya ana.'orang islam sentuh dengan anjing kan?' ana mengiyakan .dia betanya lagi ''habis tu macam mana you orang mau pukul anjing tu?''...ana jawab la...''kitaorang lari la...''hehehe..ana terlupa plak nak tambah.kalu tersentuh tak apa...tapi kena samak la..tapi kawan ana tu dah tak tanya apa2.bual kosong je.tu dah kurang markah dah kat situ..hehe

lepas pergi beli makanan ,ana ajak kawan ana non muslim tu berbuka dengan ana dan kawan2 lain yang sama2 iftar.dia pun datangla...
after iftar bersama2,kawan ana sembahyang dulu.kawan ana yang muslim ni tanya lagi..''macam mana lu org semayang ah?''ana terangkan ah...ape lagi.subuh, zohor ,asar,maghrib ,ishak, berapa rakaat.dia tanya lagi ape yang baca dalam sembahyang?ana ckap ah ade surah wajib kena baca.tapi sume ade dalam alQuran..ana pun tak tahu apa yang dia tengah fikir.ana harap dia tak fikir islam tu susah dan membebankan..

malam ini ana ade interview ajk spkg untuk penilai stay college.felo ana jugak non muslim.ape-ape pun yang berlaku hari ini harap tak melemahkan iman ana malah meningkatkan lagi..insshaallah.ya ALLAH, kau tabahkan hati hambamu ini menghadapi mehnahMU ya ALLAH....semoga antum doakan ana sekali ye...ana pun banyak tak ckup ilmu...jauhkan ana dari terpesong ke jalan yang pernah ana lalu dulu lagi...nauzubillah...jauhkan..

assalamulaikum...

Sunday, August 23, 2009

pendahuluan...

Assalamualaikum....

ahlan wasahlan kepada antum semua yang sudi menjenguk blog ana yang tidak seberapa ini...
hari ini, 24 august 2009 bersamaan 3 ramadhan, 3hari berpuasa,pukul 12.02 tengahari, di PTSL tun seri lanang, ukm ,bangi, malaysia...dalam suasana air-cond yang sejuk dan menyamankan...alhamdulillah ana telah berjaya dengan izin ALLAH, mencari dan mencipta blog ini..sebenarnya ana sudah lebih setahun mencari2,bertanya kepada orang dan menelaah bagaimanakah cara untuk membuat blog ini..tapi alahamdulillah..dengan izin ALLAH, hari ini setelah menekan-nekan kekunci pad dan berusaha mencari laman blogger ini, akhirnya ana berjumpa juga laman ini dan sekaligus mencipta dan menulis kata-kata pendahuluan ini...
inshaalah...sepanjang penulisan ana dalam memenuhi laman blogger ana ini.ana akan sedikit sebanyak berkongsi dengan antum semua tentang PERJALANAN MENCARI CINTA-MU melalui pengalaman,penceritaan harian dan sedikit sebanyak ilmu dari bacaan ,dan pengkongsian bersama ahli2 usrah ana...inshaalah.