Thursday, January 14, 2010

BAB 15: KEMBALI MENGHADAPI KEHIDUPAN SEBENAR..



hari terakhir aku ingin untuk tinggal di tempat yang begitu bermakna bagi ku iaitu KOLEJ MATRIKULASI MARA KULIM, adalah saat yang paling menyedihkan bagiku.hari itu jugalah aku demam panas.aku lesu terbaring di surau.ku tenung surau yang ketika itu sudah mulai sunyi dengan penghuninya kerana semua sudah bersiap-siap untuk balik.hatiku rasa sangat berat dan sebak.aku tak tahu kenapa.tapi yang aku tahu, aku ingin menangis dan terlalu sayang untuk meninggalkan tempat yang mempunyai banyak kenangan manis aku bersama kekasih yang hakiki.di surau inilah juga tempat aku sedar akan kehidupan islam yang sebenar.di sini lah tempat aku menangis saat tersedar wujudnya cinta yang terlalu suci dan abadi iaitu cinta ilahi.di sinilah tempat bermula aku meredah dan mencari-cari keredhaan ALLAH.saat aku termenung untuk meninggalkan tempat bermakna bagiku itu, aku merasa sangat takut.aku takut untuk menghadapi dunia luar.aku takut aku tak dapat menghadapi dan tak dapat membawa agama ALLAH ini sendirian.aku terlalu takut untuk terpesong lagi.di sini aku ade ramai kawan, ustazah dan ustaz yang senantiasa membimbingku.bagaimana jika diluar nanti...



****************************************

tersedarku dari lamunan yang terlalu panjang dalam menjejaki kenangan lampau .jika diputarkan kembali,terlau banyak yang telah terjadi dalam hidupku.tapi kini aku percaya,setiap apa yang berlaku dalam hidup ni pasti ada hikmahnya.ALLAH memberiku pelabagai ujian,namun senantiasa jua DIA menciptakan aku ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan.malahan jua DIA memberikan nikmat yang banyak dan lebih besar dari secebis dugaan yang di berikan.kadang aku rasa malu kerana mengangis saat mengahdapi dugaan.ya ALLAH ...alhamdulillah...atas segala apa yang telah kau kurniakan kepada ku.tiada dapat aku membalas,kerana segalanya milikmu.kini aku telah berjaya masuk ke universiti kebangsaan malaysia .alhamdulillah.niatku sebelum masuk kesini adalah untuk belajar dan berjihad ke jalan ALLAH. aku menjadi seorang engineer wanita islam yang berjaya.aku ingin membawa agama ALLAH ini kemana sahaja aku pergi.inshaALLAH.ya ALLAH tuntun lah hambamu yang lemah ini.segala nikmat dan rezeki adalah milikmu.segala milikmu.ya ALLAH...berilah kejayaan kepadaku juga sahabat-sahabat pejuangan yang lain. amin ya rabbal alamin....


No comments:

Post a Comment