Thursday, January 14, 2010

BAB 16: ALLAH KURNIAKAN KU HADIAH YANG AMAT BERHARGA





haaa.....sekarang barulah boleh mula untuk bercerita tentang apa yang yang terjadi dalam kehidupan tahun 2010 ni..hehe.saat mula-mula dapat tawaran masuk ke UKM ni, aku sangat takut.katanya universiti ini sangat sosial.hanya pada ALLAH aku bermohon dan menangis semoga di beri perlindungan dari terpengaruh.saat mula-mula masuk ke kelas, aku amat terkejut kerana majoriti yang mengambil kos yang ku ambil adalah chinese.lebih kurang 70% adalah chinese. di kolej yang aku tinggal,hanya ade tiga orang yang kos sekali denganku termasuk aku.seorang lelaki chinese dan seorang lagi perempuan chinese. dengan kawan chinese perempuan itulah aku selalu bersama-sama untuk pergi ke kelas. boleh dikatakan kehidupanku keseluruhanya adalah chinese di sini.aku berasa sangat takut pada mulanya.namun, aku memohon pada ALLAH semoga jangan pesongkan aku dan tunjukkan jalan yang lurus. tidak lama aku dalam kesedihan kerana sendirian,kerana ALLAH telah mengurniakanku suatu hadiah yang amat bernilai bagiku.itulah usrah yang yang kucari-cari.dan aku juga mendapat kawan kelas melayu yang baik.namanya ERNI AMALINA. ALLAH juga mengurniakanku sahabat kolej yang setia mebantu itulah NOR dan DHILA.juga kakak usrah yang caring dan comel...iaitu kak chakinna...eh2...silap..hehe.kak sakinah..kakak-kakak DS yang lain juga banyak memberi dorongan kepadaku.juga sahabat-sahabat lain yang juga banyak membantu.tak lupa juga sahabat -sahabat lain di MATRIK, di KARISMA, di KEDAI BULOH,..rumate matrik, farah,yanti,tierah.kawan sekolah...yong,yen,imah,yati,tipah, kasma dan semua kawan-kawan karisma,pikah,arif,hariz,mokcik,bazla,adani,anis,mikan, dan ramai lagi..kawan yang paling lama berada bersamaku saat suka dan duka...ije dan shiela..maaaf yang tak sempat sebut ye.hehe.you are in my heart.tak lupa pada MAK yang senantiasa tidak luak dengan kasih sayangnya.terima kasih semuanya.aku bersyukur ya ALLAH dan aku amat hargai hadiah persahabatan yang KAU kurniakan kepadaku ini.semoga hadiah ini akan dapat aku jaga selamanya dengan baik.bahagiakan hidup mereka seperti mana kau bahagiakan hidupku ya ALLAH. bantulah kami dalam mencari keredhaaanmu.panjangkan langkah kami dalam langkahan menuju cinta-MU...

No comments:

Post a Comment