Saturday, February 6, 2010

BAB 19: MERENUNG JAUH KE RIMBA DUNIAWI



salam..
salam perjuangan...

minda berputar-putar lagi hari ini..hati melonjak lonjak ingin memberi perkongsian di alam maya ini.walaupun diri sudah terasa teramat letih setelah melalui hari yang panjang hari ini.

tapi walau apa pun, ana akan mulakan perkongsian dengan apa yang ana lalui semalam dahulu. semalam hari jumaat, 5.2.2010, pagi-pagi lagi ana berjalan sendirian ke fakulti sains nuclear.sebenarnya nak pergi ambil telefon ana yang tertinggal kat bilik kuliah tu.hehe.alhamdulillah..syukur sangat, masih ada telefon tu.selepas itu, ana terus ke surau fakulti sains teknologi untuk sunat dhuha.lepas tu pergi makan kat kafe FST sorang sorang.selamber je.hehe.pastu pergi surau balik.dekat surau tu, terjumpa pula dengan kak lin dan syafinas.diorang pun datang untuk solat sunat dhuha.rasa sekejap sahaja masa berlalu, kami berpecah,tapi ana dengan kaklin terus ke program suai kenal di fssk. banyak juga ilmu dapat dipungut dari program tu. terhafal juga salah satu hadith yang panjang dan sukar untuk ana hafal.hehe.masa konklusi dari aktivity diberikan, kak sal bersuara. "kami dari fakulty yang bukan ada basic agama ,dari majlis majlis macam ini lah sahaja kami dapat pungut ilmu agama. dan ingat sahabat,setiap kali datang ke majlis begini dengan niat yang betul, ALLAH sediakan malaikat khusus untuk kita." tersentuh juga hati ana mendengar.

hari ini, hari sabtu, ana pergi kelas kokurikulum iaitu pengurusan masjid agak lewat .hehe. pastu, masa ustaz mengajar ana mengantuk. hehe.tapi kejap je, sebab masa ustaz cerita tentang neraka terus segar mata.ya ALLAH...gentar sangat.
dan sedih sangat bila rasullah s.a.w pengsan kerana sedih sangat bila jibril khabarkan lapisan ketujuh neraka adalah umat rasulullah. begitu sayangnya rasulullah kepada umatnya.tapi ana sedih sebab ana pun terfikir,apa yang telah ana lakukan untuk menunjukkan sayangnya ana kepada rasulullah selain berselawat?sirah rasulullah pun banyak lagi ana tak habis.ya ALLAH..sedihnya.
selepas habis kelas ana berbincang dengan ana punya group assignment pengurusan masjid,masjid mana yang akan kami pergi. konklusinya kami memilih masjid UM sebab masjid sekitar kajang dah banyak group lain dah ambil.selepas solat zohor dan memohon semoga ALLAH selamatkan perjalanan kami, kami meneruskan perjalanan ke UM.kami berhenti di hentian mid valley dan menunggu sepupu ana untuk mengambil kami disana kerana kami tidak pernah ke UM.itulah kali pertama ana menjejakkan kaki ke kawasan yang amat jauh dari ukm.ALLAH saja yang tahu "nervous" nya ana untuk kesana.sampai di hentian, ana ,tiah dan ain yang merupakan group ana menjelajah ke mid valley sementara menunggu sepupu ana di situ.masuk je kaki ana kesana,seperti berada di dunia yang amat berbeza.ana berjalan sambil memerhati gelagat manusia yang amat ramai di sana.ya ALLAH... kembalikan meraka ke pangkal jalan..kami duduk sahaja menunggu dalam mid valley tu sambi terus memerhati keadaan keliling.selang beberapa minit, sepupu ana pun sampai dan kami terus ke masjid ar rahman di UM.namun nasib tak menyebelahi kami,kami tidak dapat menemuduga tok imam di situ, namun kami sempat berjumpa dengan seorang makcik cleaner yang amat peramah.kami bertanya dengannya banyak soalan.

selepas solat maghrib kami terus balik.namun, ketika di menunggu bas untuk balik ke UKM, pemandu bas bagai melambat-lambatkan bas.sempat juga ana mengomel.namun semasa tunggu di dalam bas, ana perhatikan sahaja pakcik bas itu.menyesal pula mengomel tadi,ana tiba-tiba terfikir, adakah pakcik itu punya masalah yang perlu di selesaikan.mukanya nampak kusam dan dia cepat berkhayal.timbul pula rasa kesian . ya ALLAH, kau berilah ketenangan padanya jika dia bermasalah...semasa bercerita dengan ain dan tiah ana mengatakan apa pengajaran yang dapat diambil dari perjalanan yang panjang hari ini. ana terfikir kembali suasana mid valley.sukar digambarkan perasaan ana.sedih takut, hampa,kesihan...semua bercampur gaul. di situ baru dapat ana jelajahi rimba duniawi yang terlalu luas,bukan hanya tertumpu di ukm.teringat ana pada cerita atuk di sebelah kiri blog ini, iaitu memandang mulia. segala yang atuk ceritakan, ana perhatikan di mid valley.namun di dalam perbincangan iluvislam,terdapat khilaf yang mengatakan kita harus faham cerita atuk ini.tidak boleh memandang sama taraf antara orang soleh dan ahli maksiat. apa-apa pun,perjalanan hari ini membawa ana menjelajah jauh di pelusuk dunia yang tidak pernah ana jejak dan mengajar ana banyak mengenai erti kehidupan.ana telah memahami siapakah ana,kenapa ana berada disini ,dan apakah tugas ana dimuka bumi ini... semoga antum semua juga dapat mengambil pengajaran dari penceritaan ana.

hidup di dunia ini hanya sementara .ibarat pentas lakonan.sudah pasti kita ingin menjadi hero dan heroin nya.segala yang kita miliki milik ALLAH. segalanya hak ALLAH. ALLAH meminjamkan segala kelebihan yang kita ada.dan dari ALLAH kita datang ,dari ALLAH juga kita kembali. hanya ALLAH yang memberi petunjuk kepada yang siapa yang di kehendaki, dan jika tersesat, tiada siapa dapat membawanya ke jalan yang benar dengan tanpa izin ALLAH..

wassalam...

7 comments:

  1. Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

    Assalamualaikum w.b.t.

    Salam ukhwah fillah...

    ermm..menarik perjalanan ukhti ye..
    jauh perjalanannya itu..huhu

    semoga sentiasa dalam penjagaan Allah s.w.t
    semoga ceria2 slalu..
    apapun jaga diri dan hati2 diluar sne..(^_^)

    pergilah bermusafirkan diri dibumi Allah..
    sesungguhnya ianya ibarat menumpang teduh dibwh pohon sementara membawa bekal utk perjalanan yg akan dtg..wallahu'alam..huhu

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam w.b.t

    salam ukhwah..
    alhamdulillah..setakat ini, hari-hari kita kena berjalan,berjalan dan terus berjalan dalam menghadapi hidup yang singkat bagi memungut segala yang termampu untuk akhirat sana..inshaALLAH..

    semoga enta juga sentiasa dalam jagaan ALLAH dan always happy.

    ana ni kurang menjelajah sikit,jadi ilmu tentang dunia luar kurang.hehe.tapi, alhamdulillah, ana diberi peluang dengan izin ALLAH menjelajah dunia luar untuk melihat kehidupan masyarakat luar.sesnugghnya disana ana dapat melihat pelbagai gelagat manusia. smoga ALLAH memberi petunjuk kepada mereka dan terus memimpin ana ,enta dan seluruh umat islam supaya terus berjalan lurus di landasan yang benar...wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Firman Allah yang bermaksud :
    "Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang soleh." (surah ali-'Imran ayat 113-114)

    Imam al-Ghazali membacakan ayat ini dan memberikan ulasan. beliau berkata :'Allah tidak memperakui mereka bersifat soleh hanya dengan keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Sehinggalah Allah menambah dengan menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah munkar kepada iman tersebut...'

    jadi, sesiapa yang menggabungkan diri bersama umat Islam, dia mestilah beramal mengikut tuntutan manhaj yang dilakarkan oleh Allah kepada anak bangsa umat ini. yang mana antara butiran manhaj ini ialah : menyampaikan dakwah Allah yang ditampilkan melalui menyuruh ma'ruf dan mencegah kemungkaran...

    'ala kulli hal, bergeraklah kita sebagai hambaNya yang sentiasa berusaha kepada kebaikan..sentiasa berusaha menambahkan taqwa, iman..bukan hanya kita..tapi haq yang harus dilunaskan kepada ukhti2 yang lain juga..

    sayang ukhtie..

    doakan ana exam 21hb februari ni..midyear exam..moga bonus mumtaz yang diimpikan menjadi wadah yang menukilkan laman dakwah yang berkesan dan indah..

    uhibbuki fillah..moga terus thabat dan istiqamah..

    ReplyDelete
  4. inshaALLAH... ana harap sangat apa yang enti tawarkan pada ana tu.hehe.iaitu belajar dengan ustazah enti.kerana terlalu banyak dalam diri yang perlu di perbaiki dan di tambah.bagaimana ana ingin menyampaikan sesuatu yang didapati sedangkan diri kurang dengan pengisiannya..inshaALLAH..semoga enti berjaya dalam apa jua yang enti buat.semoga ALLAH sentiasa memberkati kehidupan enti.
    syukran.. :)

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah fillah buat fatin fataci..sy pon suka buka blog awk ni,,plg best of course lagu open ur eyes..sy bru ja dgr lagu ni..da jatuh ht..huhu..
    sy hrp fatni fataci sentiasa tabah menghdp dugaan..
    insyaallah,ALLAH akan sentiasa mudahkn jln utk kita..

    ReplyDelete
  6. syukran...semoga ukhwah yang terjalin di alam maya ini akan kekal.inshaALLAH.ALLAH sentiasa ada untuk kita dalam meniti liku liku perjalanan ini.semoga kita tetap tabah. :)

    ReplyDelete
  7. al fatihah pada ustz yang memberi perkongsian pada ana dalam crita di atas...beliau telah di jemput ilahi..moga arwah berda dikalangan para solihin..amin

    ReplyDelete