Friday, April 23, 2010

BAB 24: ZON SELESA YANG MEMBIMBANGKAN..



ASSALAMUALAIKUM...


lama benar ana tidak menulis didalam blog.ramai juga yang tertanya-tanya. :) syukran.. tq pada yang mengambil berat.ana amat hargai. apa khabar iman dan amal selama ini? (soalan untuk ana dan antum semua) semoga baik2 belaka dan semoga terus dalam redha ilahi..amin..:)

apa yang ana tulis hari ni ye?hehe..sebenarnya lama dah otak ini berputar untuk mengukir kisah yang berada dibenak ini.namun ,akibat jari yang malas nak menaip dan masa yang suntuk akibat exam menyebabkan tiadalah post dari ana..hehe. ok2..kisah yang ana bakal nukilkan ini moga dapat memberi kesedaran pada ana dan antum semua.setelah melihat secara mendalam lagi disekeliling dan diri ana,maka ana terfikir untuk menukilkan kisah ini.namun, yang pastinya segalanya datang dari ALLAH... :)


diari anak malaysia dan anak palestina...

dari anak malaysia:

syoknya kehidupan ni.. mak saya kerja sebagai suri rumah.ayah saya pulak cikgu. mak saya suka pakai baju warna pink. mak saya sangat cantik kalau pakai baju warna pink. tiap-tiap hari minggu ayah akan bawa kami sekeluarga untuk berjalan-jalan sekeliling kota.saya sangat sayang ayah dan mak. ayah dan mak saya baik..selalu pesan suruh saya semayang mengaji..tapi sebenarnya saya tak suka sangat..ala...relax r..saya muda lagi.lama lagi nak hidup .umur baru 17tahun. takkan dah nak kecoh buat ibadat. asal saya tahu saya baik sudahlah..kan3? saya bukan buat dosa apa pun. saya pakai tudung jer..ok jer.cuma tak mau la pakai tudung yang panjang yang orang wara' pakai tu.panas.lagipun ketinggalan zamanla..saya tak dapat bayangkan pakai benda tu.yang tudung singkat ni pun dah cukup panas.haish..saya selalu jugakla main ngan adik-adik saya (bergaduh sbenarnya..hehe) kadang-kadang bosan gak asyik tengok muka diorang jer.rasa macam nak sepak jer..hehe. saya sayang mak ngan ayah saya..tapi tak maula cakap kat diorang.malu r.. ala..walaupun saya selalu bangkang cakap diorang,tapi diorang tak tahu..saya sayang diorang.malas nak cakap je. ala...tak yah cakap la.buang masa dan buat malu jer..saya sangat selesa dengan kehidupan saya sekarang..tempat belajar yang ramai kawan best2..sekepala katakan..hehe.hidup saya happy je.lagipun apa-apa yang saya nak, mak dan ayah saya akan penuhi..tak sabar nak masuk u..mesti lagi ramai kawan-kawan yang best2..mesti kat sane lagi happy.yela..lagipun nanti dah jauh dari rumah.takdela kena control nanti. sedihla jugak nak tinggal mak ngan ayah ngan adik,abang,akak..tapi sedih kejap je tu..hehe. okla..cukupla diari untuk hari ni..harap-harap esok akan lagi bahagia dari hari ni. happy...........................sangat. terima kasih kehidupan!

diari anak palestina:
hari ni saya mohon semoga terus dalam redha ilahi. tujuan hidup saya adalah mati syahid. mak saya suka pakai baju serba hitam. ayah saya tak boleh kerja sebab peperangan yang berlaku dipalestin ini.namun, ayah saya bekerja keras demi agama ALLAH ,berperang dengan tentera yahudi yang kejam.umur saya 12 tahun, tapi saya tak dapat bersekolah juga sebab peperangan.begitu juga dengan adik2,kakak dan abang saya.tapi kami semua redha dengan keadaan ini.kesusahan dan ujian yang diberikan ini membuatkan kami lebih bergantung pada ALLAH..lagipun saya tetap gembira kerana dapat bermain dengan adik2,kakak dan abang yang sayangi.mereka juga menyayangi saya.suatu hari saya tengah bermain-main diruang tamu, adik tidur nyenyak dibuaian.mak menyediakan makanan yang sederhana untuk kami semua.kami tetap bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan.alhamdulillah.. namun, tiba-tiba saya terdengar letupan bom berhampiran kawasan rumah.saya sempat berlari keluar.setelah saya keluar, saya dengar tembakan dan letupan kuat kearah rumah saya.saya sangat takut.saya menyorok ditempat yang saya rasa selamat dan berdoa semoga ALLAH melindungi.setelah segalanya kedengaran reda,saya cuba kembali kerumah dalam keadaan yang masih takut. kawasan disitu sangat sunyi.saya memanggil nama kakak dan abang saya ditempat kami bermain tadi.saya berlari kedapur untuk mencari mak dalam tangisan dan ketakutan. saya terlihat sekujur tubuh terbaring dilantai..mak yang dulu berbaju hitam dilumuri darah merah. saya memangku mak dan menggoncang-goncangnya.kenapa mak tidak bergerak?mak...bangunla..saya menangis sambil memeluk mak yang tidak bernyawa lagi..mak yang telah syahid! saya berlari keluar..saya lihat kakak dan abang yang baru sebentar tadi saya bermain juga syahid! saya lihat dibuaian yang juga penuh dengan darah..adik juga syahid! dan saya mendengar berita bahawa ayah juga telah syahid dalam peperangan.. dan begitulah hari-hari yang saya lalui dan akan lalui sebatang kara. saya kehilangan mereka dalam sekelip mata. impian saya dihari-hari mendatang supaya juga mati syahid seperti mereka dalam saya berjuang..di hari-hari mendatang..saya harap semoga si zalim yang membunuh nyawa-nyawa yang tidak berdosa itu hancur! dan itulah yang saya inginkan hari demi hari...


sekian..pengajarannya kali ini ana tak nak bagi..semoga kita sama-sama dapat berfikir sendiri..:) tapi nak bagi gak sikit.hehe. kisah anak malaysia ni diambil dari padangan sekeliling ana dan sedikit sebanyak kisah perasaan ana sewaktu masih belum terfikir untuk berubah.kisah anak palestin ini adalah kisah benar dari video seorang kanak-kanak palestin yang ana lihat .umur dia ana tak pasti.namun dia menceritakan bagaimana dia kehilangan seluruh keluarganya dalam sekelip mata.so, jom sama-sama untuk berubah sebelum terlambat.ana tertarik dengan satu kata-kata "kehidupan ini terlalu singkat umpama antara azan dan iqamah"..ye..begitulah kehidupan..terlalu singkat.pungutlah amal sebanyak mungkin.jangan asyik terleka. perkara yang paling susah dalam kehidupan adalah untuk berubah. so, take the chance untuk berubah..dont be a loser..jangan pernah berhenti untuk cuba melawan perasaan. bak kata malim kundang(walaupun bukan contoh yang baik untuk dicontohi.namun ambillah apa yang baik) "aku anggak pernah akan berhenti...enggak!" nilai dalam kata-kata ini adalah " people who are stop will never win anything" . alamak..panjang pulak pengajaran.hehe. jom sama-sama kita berubah! chayouk2! barakallah hu fikum...:)

2 comments:

  1. betul.zon selesa yang benar2 membimbangkan.jazakillah kheir atas peringatan :)

    ReplyDelete
  2. afwan ya ukhtie...jom sama2 kita berubah..yang dah brubah..tingkatkan ilmu dan amal..yang dah cba tingkatkan, semoga kekal thabat dan istiqamah..:)

    ReplyDelete