Tuesday, August 31, 2010

BAB 28: DETIK-DETIK YANG MENDEBARKAN...


Walaupun dengan tiub di tangan, ALHAMDULILLAH..ALLAH masih berikan ana kekuatan untuk menunaikan ibadat wajib walaupun hanya setakat mampu di atas katil. Setelah solat isyak, ana menanti dengan penuh debar kehadiran doctor pakar yang dikatakan akan menentukan sama ada ana dibedah atau tidak. Hati terus berdoa dan bergantung kepada yang MAHA BERKUASA menentukan segalanya.

Setelah doctor datang, akhirnya ana di takdirkan untuk dibedah juga. jika tidak malam itu, mungkin esok kata doctor itu. Diri ini cuba memujuk hati supaya terus tabah. Rasa takut untuk di bedah memang tak dapat dihindarkan. Namun ana memanjat syukur ke hadrat ilahi.di saat begitu, abang-abang dan kakak-kakak yang berada jauh tak henti memberi kata-kata semangat. Sahabat-sahabat yang tak henti menghubungi memberi dorongan.alhamdulillah.

Esoknya, 2.julai.2010, sempena tarikh hari lahir ana, makcik di sebelah katil ana yang juga menghidap appendix di bawa ke bilik bedah. Setelah solat subuh dan membaca maathurat, hati ini belum pernah berhenti berdoa.mak pula tidak berhenti membaca yasin memohon segalanya selamat.mak sempat lagi berkata “ dia tak datang ambil untuk bedah lagi ni.dah pukul 10 pagi. Mungkin tak jadi dah tu uyu..” cuba menenangkan ana. Namun, ana cuba bersedia dengan apa sahaja. Baju bedah sudah berada di meja katil ana.hati ini terasa agak gerun melihat baju itu. Auntie Chinese yang berada di tepi katil ana dan makcik dihadapan katil ana cuba menenangkan ana .dengan kata-kata semangat dan pengalaman bedah yang dikongsi oleh mereka,buat ana rasa lebih yakin dan tidak takut. Setelah dibantu nurse dan mak untuk memakai baju bedah, ana ditolak keluar wad mengggunakan katil beroda.

kakda yang baru balik dari Terengganu ke Kelantan bersama suaminya abang faisal, anaknya naim dan qistina yang masih kecil, menenangkan ana dengan pandangan dan kata-kata mereka. Mulut ana masih tak berhenti berzikir pada ALLAH,berselawat dan membaca ayat-ayat suci AL Quran. Berhenti sejenak terkumat kamit membaca apabila bahu disentuh ayo,abang ana yang cuba menenangkan ana. “jangan takut…takde pape..” .kemudian, nurse dan ayo menolak katil ana ke unit pembedahan sementara mak,kakda,abang faisal,naim dan qistina menunggu di wad. Mak masih membaca yasin saat ana dikeluarkan wad tadi. Sampai di unit pembedahan, ayo hanya boleh masuk separuh dari bilik pembedahan. Sebelum pergi untuk tunggu di luar, ayo sempat menepuk bahu ana lagi,tapi saat itu ana tidak pasti apa yang dibisikkan sebelum berlalu pergi. Ayo pergi melepasi satu pintu besi automatic dan berpaling senyum ke arah ana sebelum pintu besi automatic itu menghilangkan ayo dari pandangan ana.

mulut masih tidak berhenti terkumat kamit. Hati terus berdoa moga ALLAH permudahkan segalanya. Setelah beberapa orang doctor memberikan penjelasan mengenai pembedahan itu,implikasi dan sebagainya,ana di bawa ke satu bilik bedah yang khusus.terdapat dalam lebih 5orang dalam bilik itu.mereka semua bersedia dengan alat bedah.setelah seorang doctor memperkenalkan doctor yang akan membedah dan membius ana seorang demi seorang, seorang doctor perempuan berkata “ fatin..selawat ye..kami nak bius dah ni” mulut ni memang tak berhenti berselawat,istifar dan mengucap dua kalimah syahadah. Setelah itu,ubat bius dimasukkan melalui tiub yang berada di tangan kiri ana. “fatin…buka mata fatin..jangan tutup mata fatin…fatin…” itu je yang sempat ana dengar sebelum semuanya gelap gelita.


tamat...

No comments:

Post a Comment