Sunday, January 17, 2010

BAB 17: IKTIBAR DARI SETIAP KEM DI UKM



ASSALAMUALAIKUM...hari ni tetiba rasa berkobar nak tulis blog.hehe.ana nak ubah bahasakan diri dari aku kepada ana kerana cerita pun dah habis kan.sekarang ana boleh menulis secara bebas sikit.tak adalah nak skima sangat cam dulu.hehe.hari ini ana nak kongsi sesuatu yang ana dapat pada setiap kem yang telah ana sertai di UKM. kerana sebelum ni pun ana sertai kem tetapi ana tak mengaplikasikannya dengan baik.kita bermula dengan kem:

KGR:kem generasi rabbani rasanya.hehe.kalau salah jangan marah ye kak sakinah and kak hajar.hehe.

masa mula-mula nak sertai kem ni teragak-agak jugak la.tapi kak sakinah cakap,kalau rasa kem ni boleh bagi benefit kat ana, so datanglah.ana putuskan untuk pergi.tapi ana terpaksa pergi lewat sikit sebab ada kelas.so, tugasan yang ana lalui untuk kem ni tak susah yang orang lain dah lalui la..hehe.di check point pertama ana dan 5orang lagi ahli yang juga lewat di beri sampul surat. dalam sampul surat tu ada duit dalam sepuluh ringgit rasanya.dalam tu juga ada kertas yang tertulis bahawa kami di tugaskan untuk menaiki bas ke sungai congkak.sampai sahaja di sana,kami amat bersyukur kerana selamat melalui perjalanan yang agak panjang.di sana aktiviti yang paling ana tak dapat lupakan adalah perang dalam air terjun.masa persediaan untuk menyediakan bendera bagi kumpulan masing-masing,ana telah di ajak berbual oleh kak hajar yang merupakan faci pada masa itu.rupanya kak hajar menugaskan ana untuk menjadi pembelot dalam kumpulan itu dalam peperangan airterjun.
ana bersetuju kerana walaupun tugas itu agak sukar.tapi jujurnya ana amat kesian untuk melakukan sedemikian kerana melihat kumpulan ana yang begitu bersemangat membuat persiapan utuk perang.kami di beri masa 2 minit rasanya untuk mengisi sebanyak mana peluru di perbuat dari air dan tepung gandum yang di isi dalam plastik.masa berperang ana tidak begitu menjaga kubu ana.ana siap melempar banyak peluru kepada lawan supaya cepat habis.ana memijak telur amanah yng di sorok oleh kumpulan ana di bawah tanah.hahaha.jahat betul.hehe.kak fit memang dah tak nampak tak percaya kat ana. ana bergerak memberi tahu pihak lawan iaitu kak sakina bahawa bendera pihak ana terletak pada kak ema iaitu ketua ana.tapi kak sakina tak percaya pula.hehe.tapi last sekali kami semua mengaku kami pembelot bila di isytiharkan.banyak pengalaman yang dapat di ambil dari kem ini.walaupun agak sedih kerana tak dapat berjihad untuk kumpulan ana menegak bendera islam dan telur yang umpama rasulullah bagi kumpulan ana.sorry ye...hehe.kak sakina....



ESA 10: kem eksplorasi perdana 2010

kem ni baru je ana pergi. 15-17 januari 2010.baru je balik semalam.hehe.sebelum pergi kem ni kak sakina dah pesan, ikhlaskan hati kalau nak pergi kem ni.dapatkan sesuatu yang boleh di buat benefit.alhamdulillah kak sakina.ana dah tunaikan apa yang kak sakina pesan.kumpulan ana telah dapat hadiah kumpulan paling berani(padahal degil.hehe) dan kumpulan keseluruhan terbaik.ana juga mendapat peserta wanita terbaik lagi.tapi ana langsung tak rasa gembira kerana ana tak melakukan sepenuh hati dalam kem ni.ana rasa langsung tak layak terima hadiah peserta wanita terbaik tu kerana ana rasa ahli kumpulan ana yang wanita iaitu fitriah dan lini lebih layak menerima hadiah ini.mereka sangat berbakat dan telah berkongsi dengan ana banyak ilmu.
pada aktiviti sidang pleno yang dia adakan,kumpulan ada diberi tugas sebagai HEP.ana memang bersungguh mendalami watak tu walaupun ana tak tahu apa-apa.ahli kumpulan ana yang banyak memberi banyak isi kepada ana untuk ana hujahkan dalam sidang itu.pada malam sidang malam cermah ''hala tuju perdana'' semua faci marah-marah.ana dah biasa lalui situasi lakonan seperti ini jadi ana tak berapa sedih.tapi bila abang asrul yang merupakan faci di sana bercakap,air mata ana mengalir kerana dia bercakap tentang islam.satu lagi rasa macam nak pengsan kena angkat tangan sbagai denda.walaupun nampak simple dendanya, tapi memang sangat lenguh.hadiah tu lah smpai tiga hari sakit lagi tangan.hehe.tapi boleh jugala di buat kenangan.hehebila abang mi dan abang hafiz minta barang yang paling kami semua sayangi bagi membalas kesalahan kami, ana yang mula-mula memberikan gelang tangan mas ana.masa tu sebak jugak,walaupun ana tahu diorang akan bagi balik gelang tu.ana sedih sebab gelang tu kenangan dari arwah ayah.arwah ayah ada tali pinggang mas, jadi mak pecahkan tali pinggang tu untuk dijadikan gelang tangan untuk ana, dan kakak-kakak ana.ana sayang sangat gelang tu.tapi masa tu ana memang dah redha kalau diorng betul-betul nak ambil gelang tu.tapi konklusinya diorang bagi balikla..hehe.
aktiviti yang paling ana tak dapat lupakan dalam kem ni adalah eksplorace dalam hutan HPA(hutan pendidikan alam).kumpulan ana terdiri dari ketua iaitu khaliz dan ahli lain iaitu mustakim,fitriah, lini dan ana.sebelum kami bertolak ke hutan,kami diberi 2botol air oleh cik ilman.kami sangka air diberikan adalah amanah,jadi kami betul-betul menjaga air tu tanpa setitik pun meminumnya.sampai di check point pertama,kami disuruh sembahyang sunat dhuha di situ.tapi mustakim iaitu salah seorang ahli kumpulan kami tidak bersetuju untuk berbuat demikian kerana dia cakap, nak sembahyang sunat kena ikhlas,bukan kerana orang suruh.lepas tu ana sangat kagum cara khaliz , mustakim ,fitriah dan lini mebincangkan isu ni.ana hanya mampu diam dan mendengar dengan kagum.last sekali, kami semua tidak sembahyang kerana faci pun kagum dengan khaliz dan mustakim yang memang mempunyai banyak ilmu agama.kami di lepaskan dengan diberikan satu tong tertutup yang berisi air sebagai amanah.sampai di check point kedua, kami makan.sampai di check point yang ketiga,kami diminta untuk memberi air minuman yang diberi masa mula-mula tadi.kami berkeras untuk tidak memberikan.sehinggalah semua kumpulan telah melepasi kami dan kami tetap bertekad akan tunggu di situ dan menjaga air itu walaupun terpaksa tidur di situ.kami tak hiraukan kemenangan,tapi kami pentingkan air botol yang kami sangka amanah itu.kami masih di check point ketiga sehinggalah semua faci datang cuba memujuk kami lagi.pelabagai ayat dan hadis yang di kemukakan oleh mustakim dan khaliz.fitriah dan lini pun memberi kata-kata yang amat mengkagumkan.ana hanya mampu diam dan menjaga air tong.sampai satu masa iaitu cik ilman datang untuk berunding juga.kami mengatakan ''kerana air ini dari cik,cik amanah kan kepada kami, maka cik je boleh minum air ni.''cik ilman bersetuju bahawa air itu diberikan kepada kami.maka air itu hak kami.barulah kami meminumnya dan memberikan kepada faci lain.sebab itulah kami digelarkan kumpulan degil.hehe.sampai di check point ke empat kami di suruh menyanyi lagu dangdut.mustakim yang menyanyi sebagai conduct.tak sangka pula mustakim sudi nak nyanyi.hehe.di check point yang ke limakami disuruh memikat faci.muslimat pikat faci muslimat dan muslimin pikat faci muslimin.senang jer..hehe.apa lagi,ana menggunakan kebolehan yang ALLAH beri pada ana iaitu buat muka kesian dan muka comel.kejap je.pastu terus cik faci tu terpikat.hehe.di check point yang ke enam,kami diminta untuk berjalan menjadi kereta sorong.sampai di check point yang terakhir,kami berjaya sampai.alhamdulillah.kumpulan lain semua dah sampai.mereka menunggu.mereka menyanyikan lagu satu hati dan akhirnya kami bersatu dengan mereka menyanyikan lagu satu hati.tersentuh hati ana masa tu.mereka mendapat barang amanah periuk,dulang ,beras ,telur,mancis dan kami dapat sebekas besar air.kami memasak nasi menggunakan apa yang ada dan kami makan dengan menyuap antara muslimat.wah...ukhwah itu sungguh indah...dan seterusnya adalah majlis penutup.banyak lagi activiti yang adakan yang mempunyai banyak kenangan dan pengajaran.tapi setakat ini je ana mampu tulis untuk di kongsi.hehe.panjang sangat.TERIMA KASIH kak nora juga sudi ajak ana pergi kem tu.hehe.ana rasa bersyukur dan berbaloi untuk ana tidak tidur dua malam untuk bertungkus lumus menyiapkan semua tutorial dan kerja sebelum menyertai kem itu supaya ana dapat fokus pada kem itu.hehe.ok...salam ukhwah...salam satu perjuangan. terima kasih semua .


konklusinya...setiap apa yang kita lakukan,kita mesti ikhlaskan diri.jangan jadi umpama robot yang hanya mampu bangun dan hanya menghabiskan masa bersama putaran hari dengan melakukan perkara yang sama.dan bermain untuk menghiburkan diri.jadikan bahawa islam itu bukan hanya tertulis di kad pengenalan anda yang anda adalah islam,tetapi islam adalah sesuatu yang we have work for it.all the best..inshaALLAH.




2 comments:

  1. salam..menarik2..
    tahniah ye nurul..
    moga terus thabat dan istiqomah.. :)

    ReplyDelete
  2. wsalam...alhamdulillah...
    tq pada akak yg senantiasa ada saat nurul memerlukan.. :)

    ReplyDelete