Sunday, January 31, 2010

BAB 18: ULANG DAN ULANG KEMBALI


assalamualaikum...
salam perjuangan...
Bold
minggu ini ana rasa suram..kosong...lesu dan tak bermaya...ana pun tidak mengerti apa yang ana rasa..

hujung minggu lepas ana dan rakan-rakan ana pergi membeli barang di sebuah pusat membeli belah.ana berpecah dengan dua orang lagi sahabat ana iaitu dila dan nor.sambil berjalan-jalan,ana terserempak dengan seorang yang amat ana kenal..epah!!apa lagi ana dengan tidak berhemahnya depan orang memeluk epah.sebak sungguh rasa dalam hati dapat jumpa sahabat yang lama sangat tak jumpa.last sekali kami berjumpa adalah di matrik kulim.epah adalah kawan sekelas ana di kulim,merangkap gruop tadarus juga.ana begitu tak sangka akan berjumpanya disitu sedangkan dia belajar di johor sekarang.tak dapat ana bayangkan perasaan terkejut dan bersyukur saat itu.selepas ana bersalaman dengan epah dan kakaknya, kami berpesan pesan dan ana melangkah pergi dengan berat hati meninggalkan epah.

kini minggu baru bermula lagi..minggu terakhir untuk bulan januari 2010.ana rasa lesu dan tidak bermaya sangat.tak tahu kenapa. ana rasa pengisian hari ana kosong walaupun hari-hari kelas ana penuh.ana mencari dan terus mencari dimanakah silapnya.ana dapat rasa kesilapan silam mengekori hampir dihadapan ana dan kadang-kadang sudah mampu berjalan seiring dengan ana.ana rasa takut dan ana tak mahu kalah.ana tak mahu jatuh lagi.ana tak mahu kesilapan dahulu berulang kembali. ana bertanya kepada orang,ana jelajah ilmu duniawi untuk di telaah.jawapannya tetap sama,namun masih lagi ana mencari sesuatu yang membawa kesenangan pada ana walaupun ana sudah mendapat jawapan yang pasti.
akhirnya ana letih mencari dan meneliti sesuatu yang telah pasti.berteleku ana di sejadah yang sentiasa terbentang luas untuk ana.bersujud ana kepada yang maha pengasih lagi maha penyayang.termenung di sejadah itu sambil muhasabah diri apa yang telah ana lakukan.jika begini sikap ana,mengulang dan mengulang kembali kesilapan lalu,dapatkah ana menjadi da'ie yang ikhlas?ikhlaskah ana? ana capai kitab suci yang senantiasa menjadi penenang jiwa ana.menangis lagi mengenang apa yang telah ana lakukan seminggu ini.sedih kerana ana mengisi hari ana penuh dengan aktiviti duniawi,ingatan ana kepada ALLAH berkurang lagi.mulalah hati ana terdetik untuk kembali ke masa silam semasa di matrik di mana ana dapat merasai dekatnya diri dengan ALLAH.

hari ini adalah hari terakhir bulan januari,iaitu 31 januari 2010.masuk hari ini dah 3hari ana demam.rasa syukur diberi ujian sakit begini.saat beginilah ana mempunyai masa yang penuh untuk bersama dengan ALLAH.esok inshaALLAH ana akan memulakan segalanya dengan baik jika diizinkan ALLAH ana masih bernyawa dibumi ciptaan ALLAH ini.ana akan cuba untuk menjadi da'ie yang ikhlas.ana akan mencari dimanakah sudut dakwah yang sesuai untuk ana jelajahi dan praktikkan supaya dapat memberi sumbangan kepada islam.ya ALLAH berkatilah hambamu ini. ku bermohon semoga kau terus memberiku jalan yang benar ini dan berpegang teguh pada panji agamaMU walau apapun yang terjadi ya ALLAH.janganlah di goncang lagi hati ini setelah di beri petunjuk..jauhkan dariku mengulang dan mengulang kembali kesalahan lalu ..amin..

2 comments:

  1. buat ukhtie ku yang ku sayangi kerana Allah,

    ada di kalangan pendakwah Islam yang luar biasa kepandaiannya yang mana formula yang dibuatnya menunjukkan kesempurnaan dan ketajaman akalnya. Tetapi sayang, latar belakangnya tidak dikenali. Beliau insan yang bernama Abu Bakar bin Yasdainar Rahimahullah. pernah seseorang bertanya kepadanya, "Apakah itu firasat iman?".Beliau menjawab:"Pandangan orang yang soleh dengan kesolehan yang mengandungi cahaya ketaqwaan, keimanan, hakikat dan kebenaran , dengan tidak memandang terhadap keduniaan dan dengan kecintaan terhadap hari akhirat. pandangan sedemikian ruoa menyebabkan dia berani melawan kemungkaran dan orang yang melakukan kemungkaran."

    perhatikanlah makna yang besar di dlm kata2 yg ringkas ini. bahawasanya penjelasannya membawa erti sesuatu firasat itu lahir dari keyakinan pendakwah Islam terhadap balasan Allah pada hari qiamat dan mengenali beta[a rendahnya nilai kelazatan kesenangan di dunia..maka tampillah mereka utk bergerak sbg khalifah Allah dengan keyakinan yang kuat..

    simpan dan aplikasikan dlm dirimu 4 unsur.
    1- Taqwa, menyahut perintah Allah dan tidak melakukan perkara yang diragui.

    2- Iman, yang membawa keyakinan terhadap hari akhirat yang tidak dirasai oleh org yg mati hatinya.

    3- Hakikat yang dihayati olehnya sbg satu realiti hiup, bukan keraguan dan khayalan dunia yg singkat dan fana.

    4- hati yg benar dlm mmbuat andaian & lidah yg benar dlm berkata-kata..

    Kuatkan diri, ukhti..sesungguhnya mukmin yg kuat itu lbih Allah kasihi dr mukmin yg lemah namun pada keduanya(kuat dan lemah) itu ada kebaikan.

    sayang ukhtie..Sanag Pencipta sedang membawamu meniti realiti tarbiyah dan dakwah..

    Bersabar dan bersyukurlah tiap waktu..sesungguhnya tiap yg mnimpa mukmin itu adalah kbaikan..

    uhibbuki fillah..Wallhu'alam

    ReplyDelete
  2. syukran ya ukhtie..inshaALLAH ana akan bersyukur tiap waktu.ana tahu setiap ujian ALLAH pasti ada hikmahnya,namun kadang menangis juga.itulah kelemahan yang mungkin ana perlu perbaiki.mungkin fitrah insani untuk menangis,dan maksud perkataan manusian senddiri adalah lalai ,lupa.namun,itu bukan menjadi pelindung diri untuk berubah.dalam kehidupan ini,perkara yang paling susah dari susah adalah berubah.oleh itu,manusia lebih suka untuk hidup susah dari berubah.semoga ALLAH jauhkan ana dari sifat itu.inshaALLAH.
    syukran ya ukhtie kerana memberi ingatan ana di alam maya ini.mungkin inilah salah satu medan tarbiah untuk kita di halaman maya ini.inshaALLAH.
    alahamdulillah.segala puji bagi ALLAH.ALLAH kurniakan enti sebagai peringat ana yang lupa.inshaALLAH.

    salamun salam..

    ReplyDelete