Thursday, December 24, 2009

BAB 7:SAAT KU BANGKIT DARI LENA...


mulai hari ayah telah meninggal dunia,aku sedikit demi sedikit cuba menerima kenyataan yang telah tertulis.semoga ayah ditempatkan di tempat dimana kekasih-kekasih ALLAH berada...masih ku igt segala pengobanan ayah .berikhtiar sedaya mampu untuk menyembuhkan aku.ayahlah juga yang senantiasa berusaha menghantar ku kesekolah.dan menunggu sehinggalah aku meminta untuk pulang kerana tidak larat.masih aku igt seminggu sebelum ayah masuk meninggal,ayah masih aktif bercucuk tanam di tepi rumah..mak pergi mengaji masa tu.ayah letakkan dulang dan kayu tepi tempat tidurku.ayah menyuruh aku untuk mengetuk kayu pada dulang jika ingin ke tandas.kerana saat itu aku sudah tidak larat berkata-kata pun.kenangan kasih sayang inilah yang memimpinku untuk senantiasa mendoakannya bahagia di sana..selepas lebih kurang dua minggu ayah kembali kerahmatullah,aku mak dan kakakku aini mengalami suatu peristiwa yang pelik.
dalam lingkungan pukul 12 malam,kami di kejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik yang kuat.
ketukan tu tak berhenti-henti.mak melaung''siapa tu???'' kami takut nak buka pintu bilik.mak ingatkan abang yie.abang kandungku.dia menjerit memanggil abang yie...terdengar abang yie turun dari tangga dan ketukan itu pun berhenti.mak menjerit dari dalam bilik supaya abang pergi memeriksa.tapi tiada apa-apa.malam itu kebanyakan ahli keluarga kami berkumpul sambil memegang parang untuk berjaga-jaga.mak memeriksa pintu kedai rumahku dan menjerit memanggil abang-abang ku.rupanya pintu kedai itu tak berkunci.kami mula terfikir kerana selama ini ayahlah yang selalu menjaga kami dan mengunci semua pintu rumah sebelum masuk tidur.termasuk pintu kedai.ayah memang seorang yang sangat protective.selepas peristiwa malam itu, aini, kakakku bertanya padaku,''kalau yang ketuk pintu itu arwah ayah,uyu akan peluk dia atau lari??''...sampai kini soalan itu masih blum terjawab.kerana aku terlalu ingin untuk memeluk ayah.namun,adakah itu benar-benar ayah???tidak terjawab.......

2 comments:

  1. salam ziarah ya ukhtie..pertama kali ku berkunjung ke sini..mengintai ukhtie ku di sudut maya..lama tidak ku temui dan tatap wajahmu..ziarah diriku di laman sekata yang menyamakan kita pada medan ini..moga ia menjadi medan dakwah dan tarbiyah yang berkesan..moga uyu terus kuat, tabah..ada mutiara di sebaliknya..dan jangan lupa salurkan mutiara2 itu pada arwah kekasihmu..doaku di sini, bumi kinanah,mesir, mengiringimu wahai saudara yang ku sayangi..rindu uyu..dari insan perantauan (http://pearlofiman.blogspot.com)
    N.B. : doakan kita dapat jumpa lagi tau..rindu sgt..

    ReplyDelete
  2. inshaALLAH..uyu semoga dapat ketemu lagi.semoga ukhwah yang terbina antara kita selalu KUAT dan kukuh...sama-samalah kita berjalan menuju cinta yang selama ini dan selamanya kita cari iaitu cinta ilahi..sama-samalah kita berpegang pada tali ukhwah ini untuk menuju perjalanan mencari cinta-MU....INSHAALLAH

    ReplyDelete